Shaheizy Sam, Syatilla timang anak perempuan - Hiburan | mStar

Shaheizy Sam, Syatilla timang anak perempuan

Syatilla semalat bersalin pada pagi Rabu.

PELAKON Syatilla Melvin selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pukul 9.15 pagi Rabu.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya iaitu aktor Shaheizy Sam di laman sosial Instagram.

"Kami tidak lagi bertiga. Alhamdulillah dan terima kasih semua," ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Sha dan Shah turut meluahkan rasa syukur apabila bayi yang dilahirkan itu sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Syatilla Melvin hamil anak kedua selepas gugur Julai lalu

Sam dan Syatilla berterima kasih kepada semua yang mendoakan semua berjalan lancar.

Dia juga berterima kasih kepada suaminya yang sentiasa berada di sisi sepanjang proses bersalin.

"Alhamdulillah baby girl kami dan keluar sihat gebu anak perempuan aku. Tadi sempat buat tutorial make up dalam bilik pembedahan. Terima kasih sayangku Sezzy Seng sentiasa di sisi," ujarnya.

Pasangan ini berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Syeriv Samheizy yang kini berusia 2 tahun.

Syatilla Melvin

Artikel Lain