suria

“Luahan nak mati kerana terlalu penat bekerja” – Fatin Afeefa jelaskan status benci dengan kehidupan yang dilalui

Fatin memuat naik status luahan di Twitter kerana terlalu penat disebabkan kerja tanpa henti. Foto Instagram: @fatinafeefa.

PELAKON Fatin Afeefa menjelaskan status yang dimuat naiknya di Twitter meluahkan rasa benci dengan kehidupannya itu hanya sekadar mainan perasaan.

Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 25, berkata status tersebut ditulis kerana dia terlalu penat disebabkan kerja tanpa henti.

"Status itu sekadar luahan perasaan saya sahaja. Bukannya saya betul-betul nak bunuh diri. Dah tentu kalau melakukan perkara itu berdosa besar.

"Saya muat naik status di Twitter tu disebabkan terlalu penat. Saya kerja tanpa henti dan tidur hanya dua tiga jam sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikatakan ada hubungan, Fatin Afeefa sengaja ‘tag’ nama Nazim pada hati


Status yang dimuat naik Fatin di Twitter menarik perhatian netizen.

"Biasalah, bila kalau sudah terlalu penat dan letih ni memang akan 'meroyan' sikit," kata Fatin ketika dihubungi mStar.

Pelakon drama bersiri Jodoh Jodoh Anissa diminta mengulas mengenai status dia ingin mati kerana benci dengan kehidupannya.

Status tersebut telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berpendapat Fatin mengalami masalah despresi atau kemurungan.

Bagaimanapun menurut Fatin, dia tidak mahu meletakkan dirinya ada masalah tersebut kerana hanya pakar psikologi yang boleh mengesahkan.

"Saya tak nak letak diri ada masalah despresi sebab hanya doktor atau pakar psikologi sahaja boleh sahkan jika seseorang berhadap dengan masalah tu.

"Bukan hanya senang-senang nak kata kita ada despresi. Saya cuma terlalu penat sahaja dan perlukan rehat," ujarnya.

Fatin mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Dalam pada itu, Fatin memberitahu dia bekerja tanpa henti demi dua cahaya matanya, Adam Aisy Arrian, 7 dan Ivy Herra Sophia yang kini berusia empat tahun.

"Apa yang saya lakukan sekarang, kerja tanpa henti demi anak-anak saya. Saya mahu berikan yang terbaik buat mereka.

"Tapi Insya-Allah sepanjang bulan Ramadan nanti, saya akan berehat sekejap daripada mengambil sebarang tawaran.

"Nak luangkan masa bersama anak-anak pula. Bawa mereka pergi terawih. Tapi jadual saya kembali padat selepas raya," katanya.

Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017. 

Fatin Afeefa

Artikel Lain