Sering berkepit dengan Syamel, Ernie kata akan teruskan selagi orang suka - Hiburan | mStar

Sering berkepit dengan Syamel, Ernie kata akan teruskan selagi orang suka

Keakraban diantara Ernie dan Syamil bukan sahaja di pentas nyanyian malah turut melibatkan usaha sama dalam bidang perniagaan.

PENYANYI Ernie Zakri tidak peduli dengan tanggapan segelintir pihak yang kurang senang melihat dia sering 'berkepit' dengan rakan duetnya, Syamel.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 26, berkata sikap Syamel yang profesional menjadikan mereka senang untuk bekerjasama.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau you tindas I..." - Jaga-jaga amaran keras Ernie Zakri

"Memang betul, saya selesa bekerja dengan Syamel tapi antara sebab kenapa saya masih memilih Syamel sebagai rakan duet adalah kerana penerimaan orang yang sangat positif.

"Mereka sering menantikan duet kami yang kedua ini. Pada saya sayang kalau orang dah nak, kita tak bagi. Takkan nak tunggu nama tu dah sejuk baru nak keluarkan lagu

Keakraban diantara Ernie dan Syamel mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak.

"Kalau orang kata asyik-asyik dengan Syamel, pada saya kenapa tidak? Benda tak salah. Selagi orang tak jemu, selagi orang nak tengok, kita teruskan," katanya kepada mStar.

Ernie ditemui ketika bersama-sama menjayakan siri Jelajah Suria di Aman Central Mall, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Mengakui sering dikaitkan menjalin hubungan cinta, Ernie menyifatkan kasih sayang yang terbina antara mereka berlandaskan status rakan baik dan tidak lebih daripada itu.

"Soal jodoh-menjodohkan saya dengan Syamel, benda tu tak boleh lari. Saya ambil positif sebab orang suka tengok kita bergambar, orang nak dengar lagu kita.

Kalau orang kata asyik-asyik dengan Syamel, pada saya kenapa tidak? Benda tak salah. Selagi orang tak jemu, selagi orang nak tengok, kita teruskan.

ERNIE ZAKRI

PENYANYI

"Tapi hubungan sekadar rakan baik dan tidak lebih daripada itu. Saya akan terus lakukannya asalkan ia tak mengaibkan kedua-dua belah pihak," ujarnya.

Dalam pada itu, Ernie berkata dia tidak pernah menolak sesiapa dan pernah terfikir untuk bekerjasama dengan rakan duet baharu.

"Bagaimanapun saya faham karier seperti ini kena sentiasa ada benda-benda baharu. Kalau ada orang nak duetkan saya dengan sesiapa, saya okay je. Lagipun dari Duo Star saya dah jadi pasangan duet untuk Syamel jadi saya rasa baik teruskan je benda yang baik.

"Tapi tiada pula kami menolak untuk berduet dengan orang lain. Ada juga perancangan untuk saya berduet dengan artis-artis lelaki cuma benda masih dalam perancangan dan kalau kena masanya nanti insyallah kita okay je dengan siapa-siapa, tak kisah," jelasnya.

Ernie menyatakan untuk bekerjasama dengan rakan duet baharu.

Ketika disoal mengenai perkembangan terkini, Ernie berkata dia kini sibuk mempromosikan single terbaharunya bersama Syamel berjudul Ku Bersuara.

"Sekarang ni saya sibuk mempromosikan lagu Ku Bersuara dan banyak lagi lagu yang akan release.

"Paling terbaru adalah duet saya bersama Syamel berjudulTakkan Terlerai, ia merupakan lagu berentak balada.

Insyallah saya akan keluar lagu raya juga bersama dengan Syamel ciptaan S. Atan... so far itu yang confirm dan lepas raya, Insya-Allah saya akan keluar lagu solo," katanya.

Ernie Zakri , Syamil

Artikel Lain