Uyaina disahkan sakit jantung, ulas foto kurang sopan ketika tonton konsert

Uyaina terkejut apabila doktor mengesahkan dia mengalami sakit jantung.

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad terkejut apabila doktor mengesahkan dia mempunyai masalah pada jantung.

Uyaina, 26, berkata, pada mulanya dia menganggap keletihan yang sering dialami adalah disebabkan masalah tekanan darah rendah.

"Sebelum ini saya memang kerap pengsan dan baru-baru ini juga saya ditahan wad sebab mengalami masalah tekanan darah rendah.

"Tapi pada mulanya, saya ingatkan itu sahaja namun bila pakar kardiologi membuat pemeriksaan jantung, saya disahkan menghidap sakit jantung.

"Memang terkejut dan tak sangka saya ada masalah jantung sebab sedangkan selama ini saya okey sahaja," katanya mStar.


Uyaina dimasukkan ke hospital pada 12 Mac lalu selama tiga hari.

Pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) itu mendapatkan rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya pada 12 Mac lalu selama tiga hari.

Tambah Uyaina, dia pada awalnya tidak dapat menerima hakikat kerana memikirkan selepas ini tidak dapat lagi melakukan aktiviti sukan lasak.

"Saya memang tak dapat terima hakikat bila mula-mula dapat tahu saya ada sakit jantung. Yela, saya ini seorang yang aktif.

"Sedih bila memikirkan selepas ini saya dah tak dapat nak melakukan aktiviti seperti sukan lasak. Tapi nak buat macam mana, saya kena terima juga," ujarnya.

Netizen menganggap tindakan Uyaina meletakkan kaki di atas kerusi kelihatan tidak sopan.

Ulas isu dikecam kerana foto kurang sopan ketika tonton konsert Ed Sheeran.

Dalam pada itu, Uyaina mahu membiarkan sahaja kecaman netizen mengenai foto dia meletakkan kaki di kepala kerusi ketika menonton konsert Ed Sheeran di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu lalu.

Jelas Uyaina, dia tidak meletakkan kaki di atas kerusi tersebut sepanjang konsert berlangsung namun hanya sebentar untuk bergambar.

"Saya letakkan kaki di atas kerusi itu sebab untuk bergambar saja. Tapi tak sangka netizen jadikan isu untuk diperkatakan.

"Sekarang ini, saya tak boleh berada di dalam keadaan tertekan. Sebab itu, saya hanya biarkan sahaja kecaman dan kritikan itu," ujarnya.

Uyaina Arshad

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain