“Paperdoll itu sepatutnya menari tarian tradisional” - Normah Damanhuri mohon maaf - Hiburan | mStar

“Paperdoll itu sepatutnya menari tarian tradisional” - Normah Damanhuri mohon maaf

Normah Damanhuri berjanji kejadian itu tidak akan berulang lagi.

DRAMATIS Normah Damanhuri mewakili keluarga memohon maaf atas kekhilafan pihaknya atas penyertaan penari separuh bogel dalam majlis perkahwinan anaknya yang juga aktor Ahya Rosli pada Sabtu lalu.

Menurut Normah, dia tidak menyangka penari tersebut akan mengenakan pakaian seksi dan mencolok mata sehingga mengundang kecaman dan fitnah.

"Untuk pengetahuan semua, persembahan paperdoll itu sepatutnya merupakan tarian tradisional, hanya miming, jenaka dan gurau-gurau santai dengan tetamu, ala-ala Bollywood. Tapi tak sangka pakaian (penari) keterlaluan untuk majlis perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Persembahan itu hanya hiburan” – Ahya dikecam saji tarian separuh bogel di majlis resepsi

ARTIKEL BERKAITAN: Ahya Rosli selamat bergelar suami, Normah Damanhuri titip pesanan

"Saya Normah Damanhuri terlebih dahulu menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua atas kekhilafan semasa majlis perkahwinan anak saya," katanya menerusi Instagram pada Isnin.

Pada Sabtu lalu, tular rakaman video persembahan seorang lelaki menyerupai wanita dengan imej separuh bogel menari semasa majlis resepsi Ahya dan pasangannya Shahirah Sanusi.

Netizen mengecam tindakan Ahya mengundang penari separuh bogel dalam majlis perkahwinannya.

Video yang dimuat naik kakak kepada Ahya iaitu Liana Rosli atau popular dengan panggilan Kak KM di Instastory menjadi perbualan hangat netizen.

Rata-ratanya mempersoalkan tindakan Ahya menjemput penari tersebut yang tidak sesuai untuk majlis perkahwinan.

Dalam pada itu, pelakon drama Misteri Wan Peah ini turut berjanji kejadian tersebut tidak akan berulang lagi.

"Lagi sekali saya bagi pihak seluruh keluarga memohon maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini. Saya berjanji ia tak akan berulang lagi... maafkan saya," ujarnya.

Ahya, 32, selamat bergelar suami kepada Shahirah dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian pada 29 Mac lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Sultan Ahmad Shah mangkat