Aishah Azman takut bertunang lama-lama, lagi cepat lagi bagus - Hiburan | mStar

Aishah Azman takut bertunang lama-lama, lagi cepat lagi bagus

Aishah akui bimbang dengan dugaan bertunang. Foto SHAARI CHEMAT

PELAKON Aishah Azman mengakui bimbang untuk menempuh dugaan sepanjang bergelar tunangan kepada dengan Syafie Naswip.

Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah, 23, berkata bacaan daripada artikel mengenai dugaan bertunang membuatkan dia risau jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

"Takut juga dengan dugaan bertunang ni. Saya ada terbaca dan berborak dengan rakan yang sudah berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafie Naswip dan Aishah Azman sudah bertunang, masing-masing nak cepat kahwin


Aishah bersalam dengan bakal ibu mertuanya.

"Mereka pun nasihatkan supaya cepatkan majlis pernikahan itu. Sebab dugaan dalam bertunang ni sangat besar.

"Jadi, saya kena kuat (hadapi dugaan). Sebab itu, kami rancang nak percepatkan majlis... memang tahun ini juga," kata Aishah kepada mStar Online.

Aishah dan Syafie mengikat tali pertunangan dalam majlis sederhana di Forest Valley Hall, Cheras pada Ahad.

Bagaimanapun, pasangan ini masih belum menetakan tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis pernikahan.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Afiq Muiz ini memberitahu dia sudah bersedia untuk mengalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Aishah sudah bersedia menjadi isteri kepada Syafie.

Malah, Aishah turut meluahkan rasa teruja untuk melalui pengalaman dan kehidupan baharu bersama bakal suaminya.

"InsyaAllah saya sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri. Sejujurnya, kalau tanya diri sendiri sedia ke tidak, sampai bila-bila kata tidak.

"Sebab tu saya teruja dan akan mencuba menjadi lebih baik," ujarnya.

Aishah dan Syafie mengenali satu sama lain sejak 2015 dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun yang lalu.

Aishah Azman , Syafie Naswip

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain