suria

"Hari ini salah satu hari bermakna saya, tak pernah lalui perasaan seperti ini"- Nelydia bakal berkahwin dalam masa terdekat?

Nelydia dijangka bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

PELAKON Nelydia Senrose dijangka bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat apabila dia diraikan dalam majlis 'bridal shower' yang diadakan pada petang Ahad.

Nelydia, 24, menerusi Twitter memberitahu dia berasa berdebar untuk menghadiri majlis pertamanya itu.

"Hari ini adalah salah satu hari bermakna saya. Saya tidak pernah melalui perasaan seperti ini dalam hidup saya tapi ia sangat menggembirakan saya.

"Saya tidak sabar untuk melaluinya tapi sekarang saya nak mandi dulu," ujarnya awal pagi Ahad.

Majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu dihadiri adik-beradik dan rakan-rakan perempuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jika doa dimakbulkan, InsyaAllah kahwin tahun ini” - Nelydia Senrose


Nelydia luah perasaan di Twitter miliknya.

Menerusi perkongsian kakaknya, pelakon Uqasha Senrose, pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu kelihatan anggun dan berseri dengan mengayakan gaun berwarna putih.

Manakala tetamu yang hadir memakai baju berwarna oren dan merah jambu.

Majlis bertajuk Nelydia Senrose last fling before the ring! itu juga menggunakan hastag #Myotherhafeznel.

Pada Januari lalu, mStar Online melaporkan pelakon yang baharu pulang menunaikan umrah itu berhasrat untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya pada tahun ini.

Pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose itu menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz pada April tahun 2018.


Nelydia Senrose

Artikel Lain