suria

Minggu Kanser Suria berjaya dekati pendengar

Penyampai Suria mendekati pesakit kanser.

MINGGU kanser Suria menyediakan pendekatan terbaharu bersama pesakit-pesakit kanser di Institut Kanser Negara (IKN) pada bulan Februari lalu berjaya mendekati pendengar.

Suria mengambil inisiatif ini dalam memberikan informasi tentang penyakit kanser kepada orang ramai dan beberapa pesakit itu telah dijemput untuk berkongsi kisah perjuangan mereka.

Pengisian menarik juga disajikan kepada pendengar melalui informasi dan mengenai penyakit-penyakit kanser serta perkongsian kisah melawan kanser daripada tetamu jemputan seperti selebriti Elyana, wartawan hiburan Fiza Kamarudin, Rudy Imran dan beberapa pejuang penyakit kanser lain.

Menurut Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau dikenali sebagai DJ Lin, segala pengisian berguna yang diberikan selama seminggu ini ternyata memberi kesan  mendalam terhadap pendengar dan juga kepada mereka sendiri.

"Jika dilihat pada maklum balas yang kami terima melalui komen di media sosial Suria Malaysia dan juga di Whatsapp Suria Malaysia, ramai yang menyatakan pengisian sebegini sangat berguna dan memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang penyakit kanser.

"Suria juga mempunyai beberapa perancangan dalam memberikan pengisian seumpama ini malah lebih khusus untuk pendengar setia Suria pada masa akan datang," katanya.

Pakar Onkologi, Dr Hafizah Zaharah Ahmad salah seorang tetamu jemputan juga turut menyatakan bahawa pengisian Minggu Kanser Suria ini dapat memberi inspirasi dan kekuatan kepada semua pesakit kanser dan ahli keluarga pesakit untuk terus berjuang melawan penyakit.

Selebriti jemputan, Elyana telah ditemubual di segmen Suria Petang memuji usaha yang diberikan oleh Suria dalam memberi informasi penting tentang penyakit kanser.

Sempena Hari Wanita Sedunia, Suria menawarkan pengisian menarik menerusi segmen Team Pagi Suria, penyampai Fizi Ali dan Issey yang menemuramah beberapa orang selebriti wanita yang berbeza karier dalam Minggu Bunga Suria bermula hari ini.

Tetamu jemputan juga termasuklahHeliza Helmi, Tyra Kamarulzaman, Leftenan Maritim Aida Azahari, Soffwany Yusoff dan beberapa orang selebriti wanita.

Artikel Lain