"Komen tiada adab, hina makanan akan disekat" - Jasmin Hamid - Hiburan | mStar

"Komen tiada adab, hina makanan akan disekat" - Jasmin Hamid

Jasmin Hamid

PELAKON Jasmin Hamid berang apabila terdapat netizen yang memberikan komen berunsur penghinaan pada foto makanan tradisional tempoyak yang di muat naik di laman sosialnya.

Jasmin yang sering memuat naik foto-foto makanan di laman sosialnya itu berkata, tindakan menyamakan makanan dengan perkara yang tidak baik seolah-olah mencela rezeki halal yang diberikan Allah.

"Mohon jangan sesekali mencela makanan, kalau tidak suka jangan follow.

"Jika kamu seorang yang beriman dan beradab sudah pasti kamu tahu hukum menghina rezeki Allah yang halal ini.

"Kamu terlupa ramai sahabat saya yang makan tempoyak maknanya kami makan najis?, tunjuklah adab bila masuk rumah orang," tulisnya.

Jasmin berang komen netizen yang tiada adab.

Selain itu, Jasmin turut terkilan segelintir netizen yang memberi komen berkaitan dosa dan pahala pada foto makanan itu.

Dia tidak teragak-agak untuk menyekat pengikutnya yang tidak menjaga adab dan hanya bertujuan menulis kata-kata negatif.

"Jangan kaitkan perkara lain dengan perkara yang tidak relevan dengan topik, hanya kerana kamu berfikiran kamu ingin pandang dosa orang lain lebih besar daripada dosa kamu.

"Kepada semua yang masuk ke rumah saya (Instagram) dan tidak menjaga lisan dan ucapan, pastinya akan disekat, jangan jadi siber buli," ujarnya.

Jasmin Hamid

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain