suria

Majlis kelima Elfira Loy di Melaka, tunai hajat nenek Faris

Elfira Loy melangsungkan majlis kelima di Melaka dengan tema tradisional - Foto Amirnaufalphotography

PELAKON Elfira Loy melangsungkan majlis bertandang di kampung halaman suaminya iaitu Faros Khairol Anuar di Melaka pada Sabtu.

Pasangan yang bernikah pada 1 Januari lalu itu mengadakan majlis kelima tersebut secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Elfira selamat jadi isteri Faris pada 1 Januari lalu.

Majlis bertemakan tradisional itu juga merupakan pemintaan nenek suaminya.

Elfira berkata, majlis berlangsung dengan meriah diiringi paluan kompang, pulut kuning dan joget lambak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah” - Elfira Loy muat naik gambar pernikahan

Majlis tradisional diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

"Alhamdulillah kami menjadi duta pulut kuning bertingkek-tingkek. heheh gurau.

"Semalam, majlis resepsi terakhir di Melaka. So nice to have weddings dekat kampungkan, rasa macam sempurna bila ada paluan kompang, pulut kuning dan joget lambak. Meriah.

Pasangan itu mengayakan busana songket berwarna firus dengan rekaan pelamin daripada Wedding Village By Audrarahman.

Elfira dan Farid selamat bergelar suami isteri pada sebuah majlis yang diadakan pada 1 Januari lalu.

Sebelum ini, pasangan itu mengadakan empat buah majlis sempena perkahwinan tersebut di Kuala Lumpur.

Elfira Loy, Faris

Artikel Lain