Gambar seksi atas katil... “Gigihkan korang edit!” - Emma Maembong

Emma Maembong mendedahkan gambarnya yang tersebar adalah hasil edit. Foto Instagram @emma_maembongofficial

BELUM pun reda kontroversi melibatkan Emma Maembong yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab baru-baru ini tersebar pula gambarnya di laman sosial memperlihatkan aktres itu terbaring di atas katil dengan pakaian seksi.

Enggan terus membiarkan orang ramai tersalah sangka dengan gambar tersebut, Emma berkata, foto itu jelas kerja suntingan pihak tidak bertanggungjawab dan hasilnya cukup ketara.

Kata Emma sekiranya benar itu adalah dirinya, dia akan mengakuinya namun gambar yang tersebar itu jelas menggunakan wajahnya yang dicantum dengan badan orang lain.

Imej terbaharu Emma.

"Tiba-tiba ada pulak viral korang edit gambar saya... Benda senang sahaja, kalau salah saya, memang gambar saya, saya akan mengaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong minta maaf, ampun dan mengaku lalai... “Allahkan ada” komen Kamal Adli 

ARTIKEL BERKAITAN: “Takkan nak post gambar tengah menangis” - Emma Maembong ditegur muat naik gambar tak bertudung

"Tapi kalau dah bukan, nampak ketara orang edit sampai tengkuk saya nampak 'krem', gigihkan korang edit gambar saya?," katanya di Instastory.

Sebelum ini, Emma menjelaskan bukan mudah untuk istiqamah dan kekal imej bertudung yang dipakainya sejak lima tahun lalu.

Peminat mendoakan agar Emma kembali berhijab.

Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 27, ini turut mengakui keputusan itu bukan sesuatu yang patut dijadikan contoh selain bersedia menerima sebarang kecaman.

Beberapa hari sebelum mengumumkan keputusan itu, foto Emma bersama seorang lelaki, Syed Abdullah tersebar di laman sosial memperlihatkan dia tidak bertudung.

Bagaimanapun kata Emma, dia tidak mengambil pusing dengan perkara tersebut dan secara sinikal meminta pihak yang berniat jahat itu meneruskan perbuatannya.

"Tak kisahlah pahala itu dapat dekat saya. Teruskanlah edit benda bukan-bukan," ujarnya.

Emma Maembong

Artikel Berkaitan

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain