suria

Penampilan Jihan Muse bertudung kelihatan cantik, semoga terus istiqamah

Peminat mendoakan Jihan untuk terus istiqomah memakai tudung.

BEBERAPA foto penampilan terbaharu pengacara Jihan Muse yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya menarik perhatian netizen.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 36, berkongsi beberapa keping foto dia memakai tudung namun tidak dijelaskan mengenai perubahan tersebut.

Rata-rata pengikut di laman sosial memuji kecantikan Jihan memakai tudung dan mendoakan agar pengacara Bintang Minggu Ini untuk terus istiqamah dengan penampilan itu.

"Alhamdulillah. Semoga terus istiqamah. Biar terpaksa membuat sesuatu perkara yang baik tu daripada tidak membuat langsung. Lama-lama yang terpaksa tu yang akan jadi biasa. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Jihan tampil bertudung di laman sosialnya.

"Cantiknya Jihan, semoga Allah bukakan pintu hati Jihan untuk tutup aurat sepenuhnya. Amin. Sayang Jihan dan baby ninja.

"Hebat perancangan Allah tu @jihanmuse, teruskan istiqamah, semoga apa yang diimpikan terlaksana dengan baik. Cantik!" komen beberapa orang netizen.

Melihat foto-foto yang dimuat naik, Jihan kini sedang menikmati percutian bersama suaminya yang juga pelakon Ungku Hariz dan anak lelaki mereka iaitu Ungku Arsalan Haq.

Dalam pada itu, salah seorang pengikutnya turut memuji Jihan kerana dari dulu jarang mempunyai gosip dan sentiasa dikelilingi dengan orang baik-baik.

Jihan kini sedang bercuti berada di Jepun.

Menerusi komen tersebut, individu itu mengikuti Jihan di Instagram kerana suka melihat selebriti itu pergi ke kelas agama dan mengaji Al-Quran.

"Satu saja nak hormat Jihan ni. Walaupun datang dari bidang lawak. Tapi dari dulu jarang nak ada gosip liar dan murah. Tambah, kawan dengan orang-orang baik seperti Fafau (Farah Fauzana) dan lain-lain.

"Lepas tu kalau siapa yang dah lama ikut dia dan suka tengok Igstory dia suka pergi kelas agama dan mengaji Al-Quran. Semoga Jihan menjadi wanita, ibu dan isteri yang solehan. Insya-Allah. Amin," tulisnya.

Jihan dan Ungku Hariz Faizal, 34, berkahwin pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama yang kini berusia setahun.

Jihan Muse

Artikel Lain