"Saya dilamun cinta dengan kamu" - Mawar Rashid buat ucapan romantis sempena 'birthday' Raf Yaakob - Hiburan | mStar

"Saya dilamun cinta dengan kamu" - Mawar Rashid buat ucapan romantis sempena 'birthday' Raf Yaakob

Mawar beri ucapan istimewa kepada suaminya sempena ulang tahun kelahiran ke-34.

PELAKON Mawar Rashid meluahkan rasanya cinta terhadap Raf Yaakob sempena ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-34 pada Rabu.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 24, berkata dia sentiasa mahu mengungkapkan kata cinta kepada suaminya.

"Selamat hari lahir yang ke-34 suamiku tercinta. Nasib baik sentiasa muda sebab baby face. Saya dilamun cinta dengan awak.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid dedah tabiat pelik mengidam makan tepi pantai


Ucapan istimewa Mawar untuk suaminya.

"Saya boleh luahkan perasaan ini setiap pagi, setiap malam, setiap saat dan saya tidak akan pernah penat.

"Saya sayang awak sangat. Saya masih ingat lagi detik pertama saya melihat ke dalam mata awak dan tahu bahawa keserasian kita adalah luar biasa," tulisnya.

Mawar memuat naik ucapan romantik ulang tahun kelahiran suaminya itu menerusi laman Instagram dan rata-rata pengikutnya turut mendoakan kebahagiaan mereka.

Dalam pada itu, pelakon telefilem Pok Ya Cong Codei, Siti Di Hati  ini berterima kasih kepada suaminya yang sentiasa percaya dan sering membuat dirinya tersenyum.

Mawar dijangka akan melahirkan anak pertamanya pada Mac depan.

"Setiap saat saya habiskan masa dengan awak semenjak itu ia benar-benar luar biasa. Terima kasih kerana sentiasa percaya pada saya dan sentiasa buat saya tersenyum.

"Perasaan gembira yang sama seperti saya rasa ketika kita berkahwin sehingga ke hari ini. Syurga dunia akhiratku," kata Mawar.

Mawar dan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan bakal menimang cahaya mata pertama pada Mac depan.

Raf mempunyai dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan, 8, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4, hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Mawar Rashid , Raf Yaakob

Artikel Sebelum

Tomok umum New Boyz bakal kembali

Artikel Lain