suria

Bapa Aizat Amdan meninggal dunia

BAPA kepada penyanyi dan komposer Aizat Amdan iaitu Datuk Amdan Mat Din meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar pada Rabu.

Berita sedih itu diumumkan Aizat menerusi laman InstaStory di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau bapa saya tak sakit, dia mesti ikut Tun M”- Aizat Amdan

"Dukacitanya dimaklumkan, ayah saya Amdan Bin Hj Mat Din telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1.10 pagi tadi, 9 Januari 2019 bersamaan 3 Jamadilawal 1440," tulisnya.

Menurut Aizat, jenazah berada di rumah keluarganya di Taman Ampang Utama, sehingga pukul 11 pagi dan kemudian akan diuruskan di Masjid Kampung Melayu Ampang.

Jenazah dijadual dikebumikan selepas solat Zohor.

Mengikut laporan media sebelum ini Aizat berkata bapanya yang kini berusia 62 tahun tidak boleh bercakap dan banyak menggunakan isyarat tangan akibat penyakit berkenaan yang dihidapinya sejak penghujung 2017.

Kata Aizat, ayahnya sudah empat kali diserang penyakit itu malah dia pernah melalui pengalaman pahit ketika meninggalkan ayah seorang diri untuk menghadiri pertunjukan pentas di Kuantan, Pahang.

Bagaimapun selepas itu dia mendapat panggilan telefon daripada abangnya mengatakan ayah mereka terjatuh di lantai rumah dan tidak bergerak dengan kesan air kencing yang sudah kering.

Kata Aizat, dia berasa amat bersalah kerana meninggalkan ayahnya pada hari kejadian. 

Ibu dan bapa Aizat berpisah sejak dia masih kecil namun pasangan itu tetap bersahabat baik.

Aizat Amdan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain