“Jika saya sudah tiada, apa nasib barang-barang kraf ini?” - Aishah - Hiburan | mStar

“Jika saya sudah tiada, apa nasib barang-barang kraf ini?” - Aishah

Aishah gemar mengumpul barang kraf sejak menetap di New Zealand.

PENYANYI Aishah mendedahkan minat mendalamnya terhadap barangan kraftangan sehingga menjadikan rumah dia seperti sebuah kedai kraf.

Kata Aishah, 54, barang-barang kraf itu disimpan dan dikumpul sejak dia menetap di New Zealand iaitu sekitar tahun 1990-an.

"Saya terfikir adakah patut saya risau rumah saya sudah seperti sebuah kedai kraf.

"Koleksi ini saya kumpul sejak bertahun-tahun, itu tidak termasuk buku-buku kraf masa menetap di New Zealand lagi," ujarnya.

Bagaimanapun, Aishah berkata, dia tertanya-tanya apakah yang terjadi terhadap barang-barang tersebut jika dia sudah meninggal dunia kelak.

Rumah Aishah yang dipenuhi barang-barang kraf.

Penyanyi lagu Janji Manismu yang mempunyai dua cahaya mata lelaki itu turut terfikir sama ada barangan itu akan terus disimpan atau tidak oleh anak-anaknya itu.

"Ada terfikir tak, bila kita tak ada lagi, apa yang orang tersayang kita nak buat dengan barang-barang kita?

"Itu tak cerita lagi tentang segala baju, tudung, kasut, aksesori dan lain-lain. Bila saya tanya kepada Azhad (anak) masadia  tolong kemas, dia jawab biarkan sahaja seperti itu," ujarnya.

Perkongsian Aishah mendapat pelbagai reaksi netizen yang mencadangkan dia untuk membuka geleri kepada orang lain yang mempunyai minat sama seperti penyanyi itu.

"Saya suka sejarah. Ada tak yang boleh buat galeri khas untuk generasi mengenali Aishah dengan lebih dekat. Anak-anak seni patut ada tempat khas atau muzium untuk mengenang jasa mereka," ujar salah seorang netizen.

Aishah , GV

Artikel Berikut

Bapa Aizat Amdan meninggal dunia

Artikel Lain

Mayat Nora Anne sudah dituntut

Henti siasat empat suspek MH17