Neelofa turut sedih majalah seram, Mastika ditutup selepas 77 tahun - Hiburan | mStar

Neelofa turut sedih majalah seram, Mastika ditutup selepas 77 tahun

Neelofa turut ucap terima kasih kepada majalah Mastika.

MAJALAH tertua di Malaysia iaitu Majalah Mastika akhirnya bakal menghentikan pengeluaran pada edisi terakhir November 2018 selepas 77 tahun beroperasi. 

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih kerana menganggap majalah terbitan Utusan Karya Sdn Bhd itu mempunyai nilai sentimental tersendiri dalam kehidupan mereka.

Malah, pengacara sensasi Neelofa turut mengucapkan terima kasih kepada majalah berkenaan yang memberi banyak kenangan kepadanya ketika menuntut di asrama.

"Zaman duduk di asrama boleh dikatakan buku peneman di hujung minggu. Terima kasih untuk segala memori indah Majalah Mastika!," tulisnya di Twitter.

Mastika umum edisi terakhir dapat reaksi Neelofa.

Pengumuman yang dibuat majalah itu di laman sosial @MajalahMastika telah mendapat lebih empat ribu ulang kicau (retweet) dan seratus komen.

"Assalamualaikum, ya betul tentang berakhirnya Mastika, selama 77 tahun kami bertahan, dan ini adalah Majalah terakhir Mastika.

"Terima Kasih atas sokongan mahupun teguran dan kebencian. Insha Allah berhenti hanya sementara atau selamanya. Semoga peminat Mastika dilimpahkan rahmat," tulisnya.

Netizen mengucapkan selamat tinggal dan berkongsi kenangan manis mereka dengan majalah tersebut.

Majalah Mastika merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan secara bulanan. Ia merupakan sebuah majalah yang bercorak kisah misteri, seram, masyarakat dan pengetahuan umum.

Mastika majalah tertua di Malaysia.


Majalah Mastika mula dikeluarkan pada 1 Jun 1941 dan sepanjang penerbitannya, ia telah dikemudi dan diperkemas oleh beberapa orang tokoh.

Tokoh-tokoh tersebut merangkumi Abdul Rahim Kajai sebagai pengarang pertama, kemudian diikuti oleh Tan Sri Abdul Samad Ismail, Munir Ghazali, A. Samad Said dan Zainol Fakir. 

Majalah ini mendapat sambutan masyarakat telah memegang rekod jualan tertinggi selama sepuluh tahun berturut-turut. 

Mastika memegang rekod sebagai majalah tertua dan edarannya pernah mencecah 300,000 naskhah sebulan.

Pada mulanya Mastika diterbitkan lebih bercorak pendidikan namun selepas ia diambil alih oleh Zainol Fakir pada pertengahan 1990-an, ia diubah kepada kandungan berunsur seram.

Neelofa , Majalah Mastika

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain