“Saya tekejut Nabil, Neelofa seakan-akan halau saya dan ia ditonton rakyat Malaysia” - Joe Aziz

Joe terkilan dengan layanan Nabil dan Neelofa ketika menjadi tetamu pada program MeleTop.

TINDAKAN pengacara MeleTop, Nabil Ahmad dan Neelofa yang seakan-akan menghalau pelawak Joe Aziz ketika program sedang berlangsung pada Selasa lalu menerima pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata mereka kurang senang dengan cara layanan dua pengacara itu yang dianggap seperti tidak menghormati tetamu yang diundang ke program tersebut.

Menurut Joe atau Aziz Ismail, 34, dia berasa terkilan dengan cara dan layanan yang diberikan kerana beranggapan ada cara lebih baik untuk memintanya beredar dari segmen itu.

"Sebagai manusia biasa, sudah semestinya saya terasa hati dengan layanan yang diberikan oleh Nabil dan Neelofa.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Padah' Jadinya Orang Sangka Faizal Tahir


Tindakan Neelofa dan Nabil seakan menghalau Joe ketika program sedang berlangsung menerima kecaman.

"Saya agak terperanjat apabila Nabil dan Neelofa seakan-akan menghalau saya secara langsung dan boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia sedang menonton program itu.

"Sebenarnya saya tidak kisah sekiranya mereka sudah tidak memerlukan saya di segmen itu tetapi ada cara yang lebih baik untuk minta saya beredar," katanya kepada mStar Online.

Pelawak yang lahir daripada program realiti Lawak King itu dijemput pihak produksi program tersebut disebabkan memiliki wajah seperti penyanyi Faizal Tahir.

Joe dikatakan mempunyai wajah seiras Faizal Tahir.

Kata Joe, pada awalnya pihak produksi memberitahu dia untuk hadir pada malam itu sebagai kejutan pada Faizal Tahir namun di saat-saat akhir berlaku perubahan.

"Saya memahami situasi ketika itu Nabil dan Neelofa tidak tahu mengenai kehadiran saya untuk memberi kejutan kepada mereka. Memang kecil hati, tapi saya sudah maafkan.

Menerusi program tersebut, Joe muncul menjadi Faizal Tahir dalam segmen MeleTop menyebabkan dua pengacara itu terkejut melihat kehadirannya.

Apabila penyanyi lagu Gemuruh itu muncul, Nabil dan Neelofa meminta Joe untuk beredar daripada program itu secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, Joe memahami situasi pasangan pengacara itu yang tidak tahu mengenai kehadirannya pada malam itu untuk membuat kejutan kepada mereka berdua.

"Pada mulanya, saya diminta hadir pada malam itu untuk beri kejutan pada Faizal Tahir tapi tiba-tiba pihak produksi buat perubahan, kejutan itu bertukar untuk pengacara pula.

"Sepatutnya, pihak produksi kena beritahu awal perkara itu supaya tidak ada berlakunya situasi sebegitu," ujarnya.

Sebelum itu Joe pernah meniru gaya parodi dalam segmen MeleTop bersama pengacara Jihan Muse menerusi lagu Ragaman.

Dalam laporan mStar Online pada 3 Ogos 2017, Joe pernah mendedahkan ramai orang salah faham dengan wajahnya yang seiras Faizal Tahir.

Joe Aziz, MeleTop, Neelofa, Nabil Ahmad

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19