suria

Permainan emosi lebih mencabar berbanding lakon babak aksi - Zizan Razak

Zizan teruja menantikan filem Polis Evo 2. Foto: SAMUEL ONG.

PELAKON Zizan Razak mengakui antara cabaran berlakon dalam filem Polis Evo 2 adalah dari sudut permainan emosi.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 34, berkata dia perlu menjiwai skrip supaya penonton dapat merasa apa yang ingin disampaikan.

"Bagi saya untuk cabaran berlakon filem kali ini adalah skrip, bukan dari segi aksi. Permainan emosi yang lebih mencabar.

"Sebab kalau aksi ini luaran, kita boleh nampak. Tapi emosi ini memerlukan kita menjiwai supaya penonton dapat merasakan apa yang kita cuba sampaikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan perkenal pemilik suara dalam 'Kau Takkan Tahu', netizen tegur iras Ayda Jebat


Barisan pelakon filem Polis Evo 2.

"Tambahan pula, ada pelakon-pelakon seperti Hasnul Rahmat dan Syafie Naswip yang tahap lakonan mereka sangat hebat," kata Zizan kepada mStar Online.

Selain Zizan, Polis Evo 2 yang bakal ditayangkan bermula 22 November ini turut membariskan Shaheizy Sam, Erra Fazira, Hairul Azreen dan pelakon Indonesia, Raline Shah.

Dalam pada itu, Zizan mahu mengutamakan tawaran lakonan di Malaysia biarpun menerima banyak lamaran penerbit Indonesia sejak filem lakonannya, Peluang Ke Duda ditayangkan, baru-baru ini.

Tambah pelakon filem Abang Long Fadil ini, penonton di sana mula mengenali nama serta wajahnya sejak filem terbitan syarikat produksi milik pelakon popular, Raffi Ahmad itu ditayangkan.

Zizan utamakan tawaran berlakon di Malaysia.

"Buat masa sekarang, saya mahu utamakan tawaran di Malaysia terlebih dahulu. Memang saya ada meneri beberapa tawaran di Indonesia tetapi perlukan masa untuk berfikir.

"Tapi saya bersyukur, penonton di sana menyedari lakonan saya menerusi filem tersebut. Biarpun pada awal tayangan, tiada siapa menyedari kehadiran saya.

"Namun, selepas tamat tayangan, mereka mula mengejar, malah ada yang perasan pernah menonton lakonan saya dalam KL Zombie dan KL Gangster," ujarnya.

Zizan Razak, Polis Evo 2

Artikel Lain