Percutian mewah Neelofa di vila RM200,000 dapat pujian netizen - Hiburan | mStar

Percutian mewah Neelofa di vila RM200,000 dapat pujian netizen

Percutian mewah Neelofa mencuri perhatian netizen di laman sosial. Foto Instagram: @neelofa.

BERTUAH menjadi seorang bernama Neelofa kerana dia sentiasa mendapat peluang yang jarang diperoleh individu lain.

Terbaharu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 29, menjadi orang ketiga yang berpeluang menginap di dasar laut dalam percutian mewah di Pulau Maldives yang terletak di lautan hindi.

Pengacara program MeleTop ini juga berkongsi foto-foto menarik sepanjang percutiannya itu dan apa yang mencuri perhatian adalah tempat penginapannya itu..

Neelofa mendapat peluang menginap di sebuah vila mewah yang dikelilingi lautan biru sambil menyaksikan pelbagai hidupan laut serta sekelilignya.

Neelofa menginap di sebuah vila berharga RM200,000 satu malam.

The Muraka undersea vila yang didiami Neelofa itu berharga $USD50,000 iaitu lebih kurang RM200,000 untuk satu malam.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya menganggap Neelofa bertuah kerana dapat menikmati percutian dan kehidupan mewah itu.

"Bilik tdiur saya malam ni menawarkan pengalaman dasar laut, tak sabar nak kongsi pengalaman ini," kata Lofa dalam kapsyen di Instagram miliknya.

Perkongsian gambarnya itu mendapat lebih 200,000 tanda suka dan hampir 3,000 komen ditinggalkan pada perkongsian foto percutiannya itu.

"Ya Allah... Untungnya badan... Hidup dengan kemewahan. Tahniah sis... Sangat bangga dengan awak," kata pemilik akaun bernama @hana_lavendha.

"Allahuakbar... Untungnya insan bernama @neelofa... Semoga lebih berjaya dan dipermudahkan segalanya," kata @limitoxless_by_arriana.

Netizen menyunting foto topi yang dipakai Neelofa menjadi keropok ikan.

"Wow... Biasa tengok orang pergi Maldives tapi belum tengok lagi yang bermalam seperti Neelofa. Mewahnya tempat tidur... Lofa orang yang bertuah," tulis @tupper_azie.

Selain mendapat pujian tersebut, netizen turut bergurau dengan imejnya bertopsi besar di pulau itu apabila menyamakannya seperti keropok ikan, papadom dan tosai.

Sebelum ini, pelakon dan pengarah Erma Fatima menggayakan topi tersebut ketika menjadi menyampai anugerah pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 pada 7 Oktober lalu.

Neelofa

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain