suria

“Saya tahu akan jadi isu kerana nampak paha” - Zahirah MacWilson

Zahirah mengayakan pakaian Harajuku

PELAKON Zahirah MacWilson menjelaskan pemakaiannya mengikut fesyen Harajuku yang dikecam agak seksi adalah atas urusan kerja.

Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol, 23, berkata, dia bukan sengaja berpakaian sedemikian.

"Apa yang saya pakai itu adalah sebahagian daripada kerja dan bukan saja-saja.

"Pakaian Harajuku itu disediakan oleh pihak AirAsia sempena kunjungan ke Tokyo Jepun baru-baru ini," ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu menerima kritikan apabila memuat naik foto berpakaian fesyen dan budaya terkenal di Jepun awal Oktober lalu.

Dia memakai skirt singkat dengan baju berlengan panjang menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Dalam pada itu, Zahirah berkata, dia sedar dan menjangka perkara tersebut bakal menjadi isu dalam kalangan netizen.

"Saya tahu ia akan jadi pertikaian kerana menampakkan paha dan seksi isu yang sensitif di Malaysia.

"Saya melakukan atas sebab kerja seperti kita berlakon kita kena bawa watak gadis suka berparti atau antagonis," ujarnya..

Isu tersebut menjadi besar apabila foto berkenaan dimuat naik blog hiburan tempatan yang menimbulkan fitnah.

"Ada blog yang ambil dan tulis saya sedang bercuti, walhal saya ke sana atas sebab kerja. Netizen pula mula memberi komen negatif," ujarnya.

Zahirah MacWilson

Artikel Lain