30 lagu bakal berentap dalam separuh akhir Muzik-Muzik ke 33 - Hiburan | mStar

30 lagu bakal berentap dalam separuh akhir Muzik-Muzik ke 33

Barisan penyanyi yang hadir pada sidang media Muzik-Muzik 33. Foto Instagram: @tv3malaysia.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 buah lagu terbaik bakal dipilih ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 33 (SFMM33) untuk layak menduduki 12 tempat terakhir Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33).

Penerbit Eksekutif Muzik-Muzik 33, Nurul Huda Khalid berkata, tahun ini bakal memperlihatkan persaingan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air.

"Sokongan terhadap para pemuzik tidak akan pernah terhenti dan kehadiran mereka perlu dihargai demi memeriahkan industri muzik.

"Kami rasa wajar terus memberikan pengiktirafan kepada mereka yang telah bertungkus lumus, khususnya pencipta lagu dan penulis lirik.

Syamel dan Ara akan bersaing di pentas separuh akhir Muzik-Muzik33.

"Tahun ini kita akan saksikan persaingan sengit barisan penyanyi tanah air," katanya kepada mStar Online.

Nurul Huda ditemui pada sidang media finalis Muzik-Muzik 33 Separuh Akhir di The International Gallery At Alya, Bukit Kiara, di sini, pada Selasa.

Peringkat separuh akhir itu akan berlangsung selama tiga minggu iaitu ‪pada 9 November, 16 November‬ dan ‪23 November‬ depan secara langsung di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Muzik-Muzik 33 dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hot FM akan bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Ariff Bahran (kiri), Sufian dan Haqiem Rusli.

Peminat yang ingin hadir ke siaran langsung berkenaan juga boleh mendapatkan tiket di kaunter Polis Bantuan Sri Pentas ‪2, Plaza Alam Sentral Shah Alam‬ setiap hari Selasa pada 6, 13 dan ‪20 November‬ depan seawal 11 pagi.

Berikut ini senarai lagu yang dipertandingkan pada peringkat separuh akhir.

9 November

1. Sufian Suhaimi - Di Matamu

2. Qody - Dia

3. Ariff Bahran - Kata Akhirmu

4. Kugiran Masdo - Bercanda di Malam Indah

5. Aliff Satar - Sesungguhnya Aku

6. Liza Hanim - Mimpi

7. Dewi Seriestha - Seindah Berdua

8. Dayang Nurfaizah - Dia

9. Siti Sarah - Semakin

10. Amylea X Kaer - Tak Pernah Hilang

11. Ben Ladin - Hikayat Ben Ladin

16 November 2018

1. Altimet - Bunga

2. Khai Bahar - Luluh

3. Khai Bahar & Fatin Husna - Rahsia Kita

4. Akim & The Majistret - Stereotype

5. Aman Aziz - Sulit

6. Ara Johari - Bunga

7. Shiha Zikir - Jagakan Dia

8. Hael Husaini & Dayang - Haram

9. Ismail Izzani - Demi Kita

10. Stacy - Cakap Ke Tangan

11. Syamel - Kau Pun Sama

23 November 2018

1. Haqiem Rusli - Selamat Tinggal Sayang

2. Haqiem Rusli ft Amanra - Jatuh Bangun

3. Hael Husaini - Hajat

4. Dayang Nurfaizah - Layarlah Kembali

5. Siti Nordiana & Jaclyn Victor - Nisan Cinta

6. Wany Hasrita - Rintihan Rindu

7. One Avenue Band - Kisah Antara Kita

8. Misha Omar- Sampai Bila

Muzik-Muzik 33

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain