“Anugerah buat batu nisan pun tak laku” - Noorkhiriah faham perasaan Jalil Hamid - Hiburan | mStar

“Anugerah buat batu nisan pun tak laku” - Noorkhiriah faham perasaan Jalil Hamid

Noorkhiriah berharap Jalil Hamid bertabah dan bersabar dengan keadaan industri seni sekarang. Foto Instagram: @noorkhiriah.

KELUHAN pelakon Jalil Hamid mengenai bayaran RM1,500 untuk watak utama yang ditawarkan pihak produksi kepadanya mendapat perhatian selebriti tempatan.

Pelakon Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 39, berkata dia memahami apa yang dilalui pelakon filem Bisik Pada Langit itu.

Menurut Noorkhiriah, dia juga memiliki beberapa anugerah namun masih menerima nasib yang sama seperti Jalil dan beranggapan anugerah tersebut tidak memberikan bayaran yang lumayan.

"Berat mata memandang berat lagi bahu mikul, bertabahlah abang Jalil. Saya faham apa yang yang abang rasa namun saya tak kuat untuk luahkan semua.

ARTIKEL BERKAITAN: Terhina ditawar RM1,500 pegang watak utama, ada pula kata Jalil Hamid tak bersyukur


Noorkhiriah pernah menerima nasib yang sama seperti Jalil Hamid.

"Saya sendiri ada la beberapa anugerah namun tetap terima nasib sama macam abang. Anugerah tak menjanjikan bulan bintang, gaji yang tinggi walaupun kerja pun.

"Andai kita dah tak diperlukan lagi, anugerah tu hanyalah sekadar bukti pada anak cucu kita yang kita pernah menang satu masa dulu," katanya.

Noorkhiriah memuat naik status tersebut dengan menyertakan paparan skrin status luahan Jalil di laman sosialnya.

Tambah pelakon drama Nur ini, industri seni kini hanya membayar harga yang tinggi kepada selebriti muda dan mempunyai kontroversi yang banyak.

Menurutnya lagi, bakat seseorang itu tidak lagi menjadi keutamaan dan anugerah yang diterima itu juga tidak boleh menjanjikan apa-apa di masa hadapan.

Jalil Hamid bersama trofi kemenangan menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik ASK2011.

"Industri tak pandang jerih perit kita. Industri kini. Andai #kau muda, cantik boleh jual, kontroversi berbakul. Ya. Itu yang dibayar mahal, tawaran bersusun.

"Bakat tolak tepi. Namun Alhamdullilah saya dah boleh terima semua ni sebab semua akan merasa. Jangan risau, jangan sedih ya.

"Katakan pada hati, anugerah tak menjanjikan apa-apa walaupun nak buat batu nisan pun tak laku. Maka bertabah dan sabar. Abang Jalil Hamid insan seni hebat di mata saya.

Dalam pada itu, Noorkhiriah memohon maaf sekiranya penulisannya itu ada kesilapan sehingga boleh mengundang kecaman netizen.

Noorkhiriah , Jalil Hamid

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain