suria

Ramai tertarik mahu jadikan Farahdhiya calon isteri kerana petai

Farahdhiya dipuji suka makan petai.

FOTO penyanyi Farahdhiya yang dikongsinya di laman sosial ketika sedang mengupas petai mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen kagum dengan cita rasa penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu dan menyifatkan dia sesuai dijadikan calon isteri.

Menurut netizen, Farah juga bukan sahaja cantik, berdarah kacukan, malah pandai memasak pelbagai makanan Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering kongsi video masakan, Farahdhiya diminta buka restoran

Farahdhiya rancang buka restoran tahun depan.

Selain itu, menerusi kapsyen foto berkenaan, Farah bertanya sama ada dia mempunyai peluang untuk menjadi calon menantu.

"Ada bakat jadi calon menantu mak awak tak? Party petai namanya ni! Thanks for the petai! U know who u are  #kopekpetaisendiri," tulisnya.

Foto tersebut menerima lebih 24,000 tanda suka dan hampir 500 komen netizen yang turut mengusik selebriti berkenaan.

Ada netizen menyifatkan penyanyi berusia 34 tahun itu mempunyai pakej yang terbaik untuk menjadi calon isteri.

"Pakej rare di zaman ini, sudahla cantik, pandai masak pulak itu.

"Calon menantu terbaik untung tau siapa yang dapat awak ni sudahla cantik kaki petai lagi. Boleh jadi kawan baik dengan mak mertua macam ni," ujar netizen.

Dalam pada itu, Farah turut memuat naik video air tangannya iaitu sambal godok petai.

Sebelum ini, penyanyi yang bakal keluar dengan single terbaharu berjudul Bulan dan Bintang ini merancang untuk membuka sebuah restoran di Kuala Lumpur awal tahun depan.

Farahdhiya

Artikel Lain