Bekas PA tipu duit pelanggan Aprena Manrose pula yang kena! - Hiburan | mStar

Bekas PA tipu duit pelanggan Aprena Manrose pula yang kena!

Aprena dedah bekas pembantu peribadi menipu beberapa orang termasuk dirinya.

PELAKON baharu Aprena Manrose mendedahkan bekas pembantu peribadinya (PA) bertindak melakukan penipuan menggunakan namanya bagi urusan ulasan produk melalui media sosial miliknya.

Aprena, 25, berkata dia menerima banyak mesej di laman sosial yang menganggap dia sudah menerima bayaran bagi tujuan berkenaan namun ulasan produk tidak dilakukan.

Menurut pemilik nama Wan Syahira Putri Aprena ini, dia tidak mengetahui tentang bayaran itu kerana nombor akaun bank yang diberikan bekas pembantu peribadinya kepada setiap pelanggan bukan akaun Aprena.

"Di sini saya ingin menjelaskan bahawa pembantu peribadi saya tidak lagi bekerja dengan saya.

"Kepada sesiapa yang sudah bayar untuk paid review, itu bukan nombor akaun saya, tapi tu nombor akaun dia! Saya minta maaf, saya pun kena tipu dengan dia.

Status yang dimuat naik Aprena bagi menjelaskan perkara sebenar.

"Ramai yang DM (mesej terus) dan ingat saya dah dapat bayaran tapi tak buat review tapi sebenarnya saya tak tahu langsung," katanya.

Aprena memuat naik status pendedahan tersebut menerusi laman Instagramnya bagi menjelaskan perkara sebenar.

Pelakon drama bersiri Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin ini memohon pihak yang telah tertipu untuk membuat laporan polis atau meminta semula wang yang sudah dibayar kepada wanita itu.

Menurut Aprena, tindakan dia membuat pendedahan tersebut secara terbuka kerana tidak mahu orang salah faham dengannya dan meminta mereka yang diperdaya oleh pembantu perubadinya itu agar membuat laporan polis.

Aprena maafkan individu yang menipunya.

"Saya perlu lakukan sesuatu yang betul supaya orang tak salah faham dengan saya. Saya buat macam ni sebab terlampau banyak dia tipu, sekarang dia diam dan saya tak tahu apa nak buat.

"Teruknya orang zaman sekarang, kita nak tolong dia tapi akhirnya dia gunakan kita. Astagfirullah," ujarnya.

Dalam pada itu, Aprena sudah memaafkan dan meminta individu tersebut memulangkan semula wang yang sudah ditipu.

"Saya bagi peluang tapi awak sia-siakan. Saya maafkan awak tapi tolong selesaikan duit yang awak dah ambil. Pantang keturunan hamba orang yang makan duit haram ini," katanya menegur individu itu.

Aprena ialah anak kepada penyanyi dangdut Iwan dan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd. Noor.

Aprena Manrose

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain