suria

Nak berjalan pun kena berhenti kerana jantung - Mamat Khalid

Mamat tidak boleh berasa tertekan.

PETALING JAYA: Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid memberitahu dia tidak boleh menerima sebarang tekanan kerana perkara itu boleh mengganggu tahap kesihatannya.

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, 55, berkata dia perlu menjaga kesihatan kerana mempunyai masalah jantung yang tidak stabil.

"Keadaan saya sekarang masih sakit. Doktor nasihatkan saya jangan ada tekanan. Kena banyakkan berehat sahaja sebab jantung saya tak stabil.

"Sebab itu, kalau saya berjalan pun kena berhenti untuk duduk sekejap bagi merehatkan diri," kata Mamat kepada mStar Online.


Mamat perlu berehat dengan baik.

Mamat ditemui ketika malam tayangan filem Hantu Kak Limah di MMCineplexes E@Curve, di sini pada malam Selasa.

Dia pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor pada tahun lalu selepas mengadu sesak nafas.

Dalam pada itu, Mamat berkata dia menerbitkan filem terbaharunya itu hanya semata-mata untuk menghiburkan penonton.

Kata Mamat, dia hanya ingin melihat sepanjang penonton menonton filem tersebut tidak berhenti ketawa.

"Saya hasilkan filem Hantu Kak Limah ini memang hanya untuk hiburkan penonton sahaja.

Antara babak yang bakal mencuit hati penonton.

"Sebab itu saya pilih untuk buat jalan cerita yang ringan sahaja. Saya nak penonton ketawa terbahak-bahak apabila menonton filem itu," ujarnya.

Meneruskan francais Kampung Pisang yang keempat, filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold itu bakal bertemu penonton pada 9 Ogos ini.

Filem arahan Mamat itu dibintangi oleh Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Delimawati, TJ Isa, Arwahyarham Rab Khalid.

Malah, filem itu juga turut menampilkanbeberapa selebriti terkenal iaitu Erra Fazira, Datuk Seri Vida, Mus may dan Sabri Yunus.

Mamat Khalid, Hantu Kak Limah

Artikel Lain