suria

Puteri Aishah akur peminat lebih mahukan kisah peribadi

Puteri berharap peminat nampak hasil kerjanya daripada terkenal disebabkan gosip cinta. Foto: NORAFIFI EHSAN.

KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Aishah terpaksa menerima kehendak peminat yang ingin mengambil tahu kisah peribadinya berbanding kerjaya seni.

Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman, 25, berkata dia menyedari perkara itu di luar kawalannya biarpun sudah mencuba privasikan kehidupan peribadinya.

"Saya masih baru lagi dalam industri. Ada saja drama dan telemovie saya yang bagus-bagus tapi mungkin bukan rezeki drama itu meletup seperti yang lain-lain.

"Jadi cerita-cerita mengenai peribadi saya lagi orang nak tahu dan lebih menjadi tular daripada drama saya tak boleh buat apa.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Aishah terus bertegas tiada kaitan dengan SM Faisal


Puteri Aishah

"Bukan saya boleh kawal. Sebab itu saya terima sahaja. Dah orang nak tahu kan," kata Puteri kepada mStar Online.

Puteri ditemui ketika sidang media filem Pulang di Ruyi & Lyn Restaurant and Lounge, Bangsar Shopping Centre, di sini pada Selasa lalu.

Tambah Puteri lagi, dia lebih selesa sekiranya peminat melihat hasil kerjanya bukan hanya dikenali dengan gosip cinta.

Menurutnya, biarpun dia seorang yang tidak suka menjaja kisah peribadi namun hanya berkongsi cerita yang betul.

"Sebenarnya bagi saya, memang nak orang nampak saya daripada hasil kerja saya bukan sebab terkenal dengan gosip peribadi.

Puteri tegaskan hubungannya dengan Faisal hanya kawan.

"Saya bukan seorang yang suka mendedahkan kisah peribadi secara umum. Tapi benda itu secara tidak langsung, orang nak cungkil dan saya hanya beritahu benda yang betul.

"Cuma kadang-kadang ada sahaja orang yang sebar perkara yang tidak betul," ujarnya yang baharu tiga tahun dalam industri.

Sebelum ini, pelakon filem Pulang ini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan usahawan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

Bagaimanapun menerusi laporan mStar Online pada 1 Jun lalu, pelakon Terima Aku Seadanya itu menegaskan hubungan mereka sekadar kawan sahaja.

Puteri Aishah

Artikel Lain