suria

Nadia Brian kini solo selepas putus cinta

Hubungan Nadia dan kekasih sudah berakhir beberapa bulan yang lalu. Foto: SHAARI CHEMAT.

PETALING JAYA: Pelakon Nadia Brian mengakui dia masih solo selepas berpisah dengan kekasihnya beberapa bulan lalu.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 27, berkata dia kini lebih selesa berkawan kerana ingin memberi tumpuan kepada bidang lakonan.

"Ya, memang betul sekarang saya sudah kembali solo. Hubungan saya dan kekasih sudah berakhir beberapa bulan yang lalu.


Nadia mahu fokus kerjaya seni.

"Buat masa sekarang ini, saya nak fokus pada kerjaya lakonan dahulu. Tak nak fikir lagi soal cinta.

"Tapi sejujurnya saya hanya berkawan sahaja dengan semua orang. Tak ada hubungan istimewa dengan sesiapa pun," kata Nadia kepada mStar Online.

Sebelum ini, Nadia dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal peribadi.

Bercerita mengenai lakonan Nadia yang memegang watak sebagai Intan menerusi filem Blok 404, dia berkongsi perasaan panik ketika melakonkan babak di dalam tab mandi.

Nadia Brian.

Menurut pelakon drama bersiri Teratai Kemboja ini, dia berasa panik melihat pisau yang digantung.

"Dalam filem ini saya memegang watak sebagai Intan. Seorang gadis yang mempunyai kehidupan sosial bersama kekasihnya.

"Alhamdulillah sepanjang menjalani penggambaran filem Blok 404 pada tahun lalu, kami tidak ada melalui perkara-perkara pelik.

"Tapi ada satu babak saya rasa panik apabila saya perlu berada di dalam tab mandi dan dikeliling pisau yang digantung. Rasa takut kalau pisau itu jatuh atas saya," ujarnya.

Filem arahan pengarah Isma Aizal Yusoof itu mula berada di pawagam pada Khamis.

Antara pelakon utama filem itu adalah Nur Risteena, Datuk Boy Iman, Raja Azrey, Zamarul Hisham, Amar Asyraf, Aedy Ashraf dan Fasha Sandha.

Nadia Brian

Artikel Lain