suria

Jangan persoal kurniaan Allah - Linda Rafar

Linda bersama empat orang anak lelakinya. Foto Instagram: @lindarafar.

PELAKON dan penyanyi Linda Rafar mendedahkan pelbagai pihak sering mempersoalkan mengenai anak-anaknya yang kesemuanya lelaki.

Menerusi laman Instagramnya, Linda menjelaskan dia tidak mempunyai jawapan untuk persoalan tersebut.

"Alhamdulillah saya dikurniakan lima anak lelaki dan seorang berada di Jannah. Ramai yang tanya kenapa semua lelaki?

"Kenapa tidak ada perempuan? Ya Allah macam mana Linda nak jawab pemberian Allah ya? Jika boleh bertanya sila tanya pada Allah kenapa dan mengapa?" tulisnya.

Tambah Linda, anak-anaknya adalah amanah Allah yang perlu dijaga dan bukan untuk dipersoalkan.

Status yang dimuat naik Linda di Instagram miliknya.

Bagi Linda atau Azlinda Rafar, 40, dia bersyukur dengan segala yang telah diaturkan oleh Allah buatnya.

"Bagi linda semua ini amanah Allah yang perlu dijaga dan disyukuri. Tak perlu persoalkan kenapa lelaki?

"Kenapa tak ada perempuan? Linda tak boleh jawab soalan itu. Bagi saya, bersyukur sahaja dengan apa yang Allah dah aturkan," katanya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial Linda turut bersetuju dengan kenyataannya dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.

"Alhamdulillah. Syukur pada anugerah Allah. Saya yang dua lelaki ni pun ada yang tanya kenapa tak ada perempuan.

Foto kenangan Linda dan Allayarham anaknya, Memen.

"Jawapan yang bagus, dah takdir Allah anak-anak awak semua lelaki. Jangan persoalkan Allah. Tentu la yang terbaik buat hamba-hambaNya. Reda dengan ketentuanNya.

"Betul tu... Lelaki ke perempuan ke, rezeki tu," komen beberapa pengikut di laman sosialnya.

Untuk rekod, anak lelaki Linda iaitu Memen atau Rezaimin Keifli telah meninggal dunia pada 5 Julai 2014.

Allayarham adalah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman.

Linda Rafar

Artikel Lain