suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adam Lee pun nak tengok gambar separuh bogel itu

Adam Lee sedar ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya yang diambil dari media sosialnya untuk tujuan tidak baik. Foto LOW LAY PHON

PELAKON Adam Lee mengetahui ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan foto miliknya yang dalam keadaan separuh bogel dalam aplikasi sembang untuk seksual.

Adam atau Muhamad Arif Adam Mohamad Fadlee, 24, berkata, ada kenalannya pernah bertanya mengenai perkara itu namun dia tidak pernah mengambil peduli hal berkenaan.

“Pernah ada orang tanya mengenai perkara itu tetapi saya sendiri tidak pernah tengok gambar separuh bogel mana yang digunakan.

“Kalau betul saya sendiri pun nak tengok dan paling penting profil aplikasi itu bukan saya yang punya,” katanya.

Adam ditemui pada majlis tayangan program Ramadan 2018 anjuran Astro di Wow KL, pada Rabu.

Adam Lee semakin dikenali dalam kalangan peminat drama Melayu.

Dalam pada itu, Adam berkata, dia tidak berhasrat untuk memperbesarkan hal tersebut kerana sedar bukan mudah untuk mencari dalang di sebalik perbuatan tersebut.

“Kalau ada orang ambil gambar yang saya muat naik di laman sosial dan gunakan untuk tujuan tertentu tiada apa yang boleh saya lakukan,” ujarnya.

Sementara itu, Adam yang juga sepupu kepada aktres Janna Nick itu mengakui sebelum ini dia sering memuat naik gambar memperlihatkan tubuh badannya memandangkan dia sering ke pusat kecergasan.

Bagaimanapun sejak bergelar selebriti, dia sudah jarang memuat naik gambar menjolok mata di Instagram kerana jarang dapat bersenam disebabkan sibuk berlakon.

Dalam perkembangan lain, Adam berkata dia akan muncul dengan drama bersiri Pengantin Musim Salju bergandingan dengan Siti Nordiana dan Alif Satar di Astro Ria dan Ria HD tidak lama lagi.

Adam Lee

Artikel Lain