Kesihatan Bob Lokman Menurun Dan Kini Dalam Peringkat Menunggu...? - Hiburan | mStar

Kesihatan Bob Lokman Menurun Dan Kini Dalam Peringkat Menunggu...?

Bob mempunyai masalah jantung bengkak dan paru-paru berair. Foto Facebook: Bob Lokman.

PELAKON dan penulis lirik, Bob Lokman berkongsi keadaan kesihatannya sekarang yang dilihat semakin menurun.

Bob atau atau Mohd Hakim Lokman, 54, menerusi laman Facebooknya berkata dia menyedari kegembiraan yang dilaluinya sebelum ini sudah tidak seperti dahulu.

"Assalamualaikum Sahabat. Aku jumpa doktor lagi hari ni, rutin seorang tua. Selepas segala kegembiraan dan kesedapan aku lalui, standard sudah berubah.

ARTIKEL BERKAITANl: Alami Jantung Bengkak, Ramai Bantu Bob Lokman

"Selera makanan dan ghairah kehidupan sudah menurun sampai ke peringkat menunggu... Kau fahamlah. Cuma masih ada rasa untuk mencari peluang terbaik seterusnya.

"Sahabat, hari ini kau semua datang kembali dalam realiti, kenangan dan aku mula mengerti bahawa hubungan kita tidak hanya sampai di sini, cuma mungkin aku yang akan mendahului dengan faktor yang aku miliki," tulisnya.

Dalam pada itu, Penulis lirik lagu Isabella nyanyian Amy (Search) ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya.

Malah, Bob juga berpesan kepada pengikut di laman sosialnya untuk mempertahankan agama Islam.

Luahan dan pesanan Bob menerusi laman Facebooknya.

"Sahabat, terima kasih atas segala bantu dan aku membalas dengan mohon hembuskan aku ke syurga dengan doamu jika namaku gugur dahulu di Lauhul Mahfuz.

"Dan aku berpesan dalam kelemahan... pertahankanlah Islam... kerana itulah benteng terakhir yang aku perjuangkan," katanya.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya mendoakan agar Bob sembuh dengan cepat dan diberikan kekuatan.

Sebelum ini, Bob ditahan di UiTM Private Specialist Centre Sungai Buloh akibat masalah jantung bengkak dan paru-paru berair pada awal Januari lalu.

Menerusi laporan mStar Online pada 5 Januari lalu, Bob memberitahu ada menerima sumbangan daripada orang awam.

Selain itu, dia juga menerima bantuan kewangan daripada saudara mara dan teman-teman rapat serta pendapatannya sebagai penceramah program motivasi yang diterima turut digunakan untuk menyara keluarga.

Bob Lokman

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain