suria

Tak Sia-Sia Aliff Syukri Ambil Intan Jadi Model Tudung

Aliff mengakui kagum dengan Intan ketika berdepan dengan isu rumah tangga. Foto: LOW BOON TAT/ The Star

ISU rumah tangga membabitkan pemuzik bebas, Ude Wahid dan Intan Liana Saleh yang sedang hangat diperkatakan netizen turut mengundang rasa simpati pengasas kosmetik iaitu Datuk Seri Aliff Syukri.

Aliff, 32, berkata dia prihatin dengan nasib Intan dan memberi peluang pekerjaan dengan melantik wanita itu menjadi model tudung bawah jenamanya selama enam bulan.

"Sejujurnya saya simpati dengan nasib yang menimpa Intan dan melantik dia menjadi model tudung Aliff By Sha selama enam bulan. Sekurang-kurangnya ada sumber pendapatan untuk dia dan anak-anaknya.

"Buat masa ini komitmen yang dia beri sangat bagus, cumanya dia perlu ada keyakinan diri dan kena berani bawa diri ke depan," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah Bakal ‘Hilang’ Suami, Intan Liana Dapat Tawaran Model Muslimah

ARTIKEL BERKAITAN: Pilunya Intan Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Sambil Menanti Detik Diceraikan

Madu Izreen Azminda, Intan Liana Saleh.

Sementara itu, Aliff berkata dia tidak kisah dengan tanggapan netizen yang mendakwa kononnya dia mengambil kesempatan dengan melantik Intan sebagai model ketika wanita itu sedang berdepan kontroversi rumah tangga.

"Saya mengaku memang ambil kesempatan terhadap Intan kerana isu ini sedang hangat diperkatakan dan ramai orang yang sedang menyokong dan kasihan dengan nasibnya.

"Tapi saya bukan ambil dia jadi model secara percuma ya, saya bayar dia dengan angka yang agak tinggi untuk kontrak selama enam bulan dengan harapan dapat bagi pendapatan kepada dia.

Aliff membayar Liana sebagai model dengan bayaran tinggi.

"Apa yang boleh saya kata, Intan ada aura dan pemilihannya sebagai model turut memberi impak positif kepada jualan kami," katanya.

Dalam pada itu, Aliff secara peribadi mengagumi ketabahan dan kekuatan wanita itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai hal rumah tangga mereka.

"Saya kagum dengan ketabahan Intan. Dia seorang yang sangat menjaga hal rumah tangga sehinggakan rela bermadu. Tentang isu tersebut, saya tak mahu komen lebih-lebih sebab saya pun bukanlah sempurna mana.

Dalam perkembangan lain, Aliff dan Sajat bakal bergandingan dalam lagu baharu berjudul Makhluk Penggoda.

"Saya anggap itu ujian hidup untuk dia dan semoga ada sinar persefahaman yang akan dicapai nanti. Saya harap dia boleh berjuang untuk meneruskan kehidupan," ujarnya.

Intan bakal diceraikan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, pada 22 Mac depan.

Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.

Manakala Ude dan pelakon Izreen Azminda yang juga merupakan isteri kedua telah berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.

Artikel Lain