“Hari Pertama Menipu Sampai Saat Hujung Tanduk Pun Menipu” Kata Ibu Elfira - Hiburan | mStar

“Hari Pertama Menipu Sampai Saat Hujung Tanduk Pun Menipu” Kata Ibu Elfira

Kisah percintaan Sufian dan Elfira menjadi kontroversi selepas mereka putus tunang.

PETALING JAYA: Kontroversi putus tunang penyanyi Sufian Suhaimi dan Elfira Loy terus hangat diperkatakan netizen selepas ibu kepada aktres tersebut memuat naik beberapa status laman sosial yang lebih kepada meluahkan perasaan terbuku di hatinya.

Ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff menerusi akaun Instagram @mamacat2016 memuat naik status mengenai individu yang bersikap tidak baik iaitu melakukan penipuan.

"Dari hari pertama menipu sampailah saat hujung tanduk pun masih menipu bila nak berubah?" tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Elfira Minta Berhenti Buat Kenyataan, Sufian Tiada Niat Jaja Cerita

ARTIKEL BERKAITAN: “Tidak Pernah Menyesal Mengenalimu Sayang” - Status Sufian Bikin Mata Berhabuk

Sementara itu, menerusi status lain, Filzah memuat naik foto berbunyi 'kebohongan adalah awal kehancuran' berserta ayat petikan daripada Hadis Riwayat Bukhari.

"Seseorang yang sudah biasa berbohong baik dalam ucapan mahupun tindakan pada hakikatnya sedang menjerumuskan diri ke lembah kehinaan. Dia sedang menambah catatan amal buruknya yang kelak harus dipertanggungjawabkan.

"Berupayalah untuk menghindari kebohongan seremeh apa pun berlaku jujur baik dalam ucapan dan tindakan. Betapa pun pahitnya yakinlah kejujuran akan lebih dihargai dan mendapat tempat di hati orang lain," tulisnya.

Antara status yang dimuat naik ibu Elfira.

Selain itu dia turut memberi komen berhubung wang hantaran namun tidak dinyatakan perkara itu ditujukan kepada sesiapa dalam menjelaskan wang hantaran yang dikatakan terlalu tinggi.

Katanya, jika soal wang hantaran menjadi perkara utama, mengapa pihak berkenaan tidak memberitahu lebih awal.

"Kalau kata hantaran tinggi kenapa tidak beritahu awal-awal. Sebenarnya hantaran diminta ialah simpan sehari RM20 dalam AlQuran kali 365 hari agak-agak berapa jumlah sebenar?

"Masa bertunang pun tak guna duit hampa (kamu), mas kahwin pun tak minta duit cuma minta hafal ayat Mulk (surah Al-Mulk) dengan harapan nanti bila nak tidur senang baca tak payah buka Al-Quran," tulisnya.

Namun apabila diimbas mengenai sejarah masalah pertunangan dalam keluarga Filzah, ia berkait rapat tentang hubungan anaknya iaitu Elfira dan Sufian Suhaimi yang gagal dalam usaha untuk membina rumah tangga.

mStar Default Image
Elfira dan Sufian pernah menjadi pasangan kekasih namun ia hanya sementara...

Beberapa status sindiran yang dimuat naik menggambarkan perjalanan pertunangan individu yang tidak dinyatakan itu dilanda masalah sejak September tahun lalu.

Rata-rata netizen menulis komen meminta wanita itu membuat penjelasan sebenar tentang punca pertunangan tersebut terputus daripada bermain kata-kata.

Bagaimanapun, segelintir netizen yang menganggap tindakan ibu aktres berkenaan hanya membuka aib pihak yang tidak dinyatakan itu dan membesarkan kemelut tersebut.

Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin kepada pihak lelaki.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan ini.

Sufian Suhaimi , Elfira Loy

Artikel Sebelum

7A Hadiah ‘Birthday’ Wani Kayrie

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi