Amyra Rosli Menangis Tinggal Anak 4 Hari - Hiburan | mStar

Amyra Rosli Menangis Tinggal Anak 4 Hari

Amyra Rosli.

PUTRAJAYA: Pelakon Amyra Rosli mengakui pernah menangis kerana terpaksa meninggalkan anak sulungnya, Aqeef Anaqi selama empat hari buat pertama kali. 

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 27, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana suaminya, Amar Baharin sudah menempah tiket ke Bangkok untuk membeli baju di sana. 

“Pertama kali saya terpaksa tinggalkan Aqeef Anaqi selama empat hari. Kalau sebelum ada anak, saya rasa teruja kalau dapat berjalan atau bercuti. 

“Tapi kali ini saya menangis sebab tiba-tiba Amar beli tiket ke Bangkok untuk beli baju. Kami terbang ke sana pada bulan lalu.

Keluarga bahagia Amyra dan Amar.

“Setiap kali ada wifi atau internet memang saya terus buat Facetime untuk melihat anak,” kata Amyra kepada mStar Online.

Amyra ditemui ketika pertunjukan fesyen koleksi Anggun Raya Mek Kembang Cotton X Amyra Rosly di Hotel Everly, di sini pada Jumaat. 

Tambah Amyra, dia juga kerap membawa anak dan suami serta ibu menemaninya di set penggambaran. 

“Kadang-kadang anak, suami dan ibu saya ikut pergi set penggambaran. Sebab dekat rumah pun tak ada buat apa, jadi tak salah mereka ikut sekali. 

“Lagipun senang juga saya nak menyusukan anak bila dia ada dekat dengan saya. Amar pula akan ikut jika mempunyai masa lapang. 

“Tambahan pula, kalau saya kerja memang ibu yang jaga Aqeef. Sebab itu bawa sekali mereka ke set,” ujarnya. 

Amyra dan Amar berkahwin pada November 2016 dan pasangan ini dikurniakan putera sulung pada 15 Oktober tahun lalu.

Amyra Rosli

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ulat tiket: Jangan beli!