Jampi Hael Husaini Di Pentas AJL32 Membawa Tuah - Hiburan | mStar

Jampi Hael Husaini Di Pentas AJL32 Membawa Tuah

Lagu Jampi nyanyian Hael Husaini diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang berlangsung pada malam Ahad. Foto AZHAR ARIF

KUALA LUMPUR: Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Jampi nyanyian Hael sendiri muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000, berserta trofi.

Naib juara pula milik lagu berjudul Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan nyanyian Azmi Caliph Busker.

Tempat kedua itu melayakkan pemenangnya menerima hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Lagu Tergantung Sepi ciptaan Gouffran dan Ibnu nyanyian Haqiem Rusli pula mendapat tempat ketiga.

Vokal Terbaik milik Ernie Zakri dan Syamel.

Selain trofi, mereka turut menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Sementara itu, gandingan Syamel dan Ernie Zakri menerusi lagu Aku Cinta tampil sebagai pemenang Vokal Terbaik.

Kategori ini melayakkan pemenang menerima RM12,000, trofi, dan baucer CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

Persembahan Terbaik pula milik Altimet menerusi lagu Amboi dan membawa pulang hadiah tunai RM12,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A8 berserta trofi.

Manakala, Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung pula menjadi milik Khai Bahar dan penyanyi lagu Bayang itu membawa pulang sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A8 berserta trofi.

Lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli mendapat tempat ketiga.

Finalis lain yang turut bertanding adalah Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan sepenuhnya Ajai dinyanyikan Dayang Nurfaizah, Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/Azmi Caliph Busker), Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita), Lebih Sempurna (Syamel) dan Warkah Untukmu (Hang Nadim/Laq/Ara Johari).

Lagu lain ialah Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahanda/Khai Bahar), Aku Yang Sebenar (M Nasir/Ad Samad/Hazama & The Penglipurlara), Amboi (Navigator/Altimet) dan Akhirnya Cinta (Ajai/Slen/Salma).

Persembahan pada malam itu diadili seramai 10 barisan juri profesional yang diketuai oleh komposer Azmeer.

Sementara itu, persembahan pembukaan pada acara tersebut turut diserikan dengan penampilan Stacy, Waris, AG Coco dan Edrie Hashim menerusi lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang.

AJL32 juga turut menampilkan Datuk A.Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin,  Datuk Awie dan Siti Sarah pada acara penutup dengan seleksi lagu Pop Yeh Yeh.

Persembahan bertenaga Altimet menerusi Amboi.

Mereka menyampaikan lagu-lagu popular seperti Tak Mengapa, Suzana, Hidup Bersama, Syurga Idaman, Siapa Gerangan dan Kenanganku.

Pada tahun ini, AJL32 mengangkat tema Fesyen dan Muzik di mana kedua-dua elemen ini sering bergerak seiring dan saling melengkapi.

AJL32 yang disiarkan secara langsung di TV3 menampilkan pasangan pengacara iaitu Alif Satar dan Sherry Al-hadad.

Menariknya untuk edisi kali ini, rekaan pada trofi yang dimenangi pemenang merupakan cetusan idea pereka fesyen Rizman Ruzaini.

KEPUTUSAN PENUH AJL32

Juara: Jampi - Hael Husaini

Komposer & Penulis Lirik: Hael Husaini/Ezra Kong

Hadiah: RM 50, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM10,000


Tempat Kedua: Sejati - Azmi Caliph Buskers (nyanyian asal Faizal Tahir)

Komposer & Penulis Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan

Hadiah: RM 35, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000


Tempat Ketiga: Tergantung Sepi - Haqiem Rusli

Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran

Hadiah: RM 20,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000


Vokal Terbaik: Aku Cinta – Syamel & Ernie Zakri

Komposer & Penulis Lirik: Syamel

Hadiah: RM12, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000


Persembahan Terbaik (dibawakan oleh Samsung): Amboi - Altimet

Komposer & Penulis Lirik: Navigator/Altimet

Hadiah: RM12,000 berserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM 2, 000 dan telefon pintar Samsung A8


Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung: Bayang – Khai Bahar

Komposer & Penulis Lirik: Alam (Harry Khalifah)/ Patrick Anohada

AJL32 , Anugerah Juara Lagu

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain