Almy Nadia, Anak-Anak Dijangkiti Influenza A

Almy Nadia dan dua anak perempuannya Arianna dan Auroro disahkan positif Influenza A.

PELAKON Almy Nadia terkejut apabila dua anak perempuannya iaitu Arianna dan Aurora disahkan positif Influenza A selepas mereka mengalami demam sejak beberapa hari lalu.

Almy menerusi Instagram miliknya mendedahkan dia juga turut mengalami penyakit sama namun tidak menyangka dua anak kesayangannya juga turut dijangkiti penyakit sama.

"Hari ini bawa anak-anak pergi hospital, nak dijadikan cerita inilah penyakit yang saya hadapi sebelum ini tapi tak buat pemeriksaan betul-betul.

"Apabila anak dah sakit terus bawa pergi hospital dan mereka positif Influenza A.

"Sedih semua ada kerana punyalah jaga kesihatan, makan ubat macam-macam nak sihat tapi akhirnya sakit juga dan melibatkan anak-anak sebab berjangkit dengan Mama mereka," tulisnya.

Kata Almy, sebagai ibu dia sedih melihat anak-anaknya terpaksa menanggung kesakitan namun menganggap ia sebagai dugaan daripada Allah.

"Sakit dia Tuhan sahaja yang tahu. Gigil, sekejap demam, sekejap okay. Ya Allah dugaan betul ni.

"Hati ibu mana tak runtuh macam ini. Dugaan demi dugaan dari pagi sampai bawa ke malam saya asyik menangis sahaja ditambah pula anak-anak sakit," tulisnya lagi.

Sementara itu, Almy berharap pemiat datang mendoakan kesihatan mereka terutama anak-anaknya segera sembuh kerana tidak sanggup melihat mereka dalam kesakitan.

"Ibu mereka masih kuat lagi walaupun badan sakit-sakit. Bila demam saya datang pula, sakit tulang, sakit urat semua.

"Saya boleh rasa apa yang anak-anak rasa, jadi saya kena kuat. Minta doa dari semua ya," ujarnya.

Almy Nadia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain