suria

Rambut 'Mocha' Syafiq Kyle Jadi Perhatian

Syafiq mewarnakan rambutnya menjadi perang keemasan mendapat perhatian netizen. Foto: @syafiqkyle.

GARA-gara mewarnakan rambut perang keemasan, pelakon Syafiq Kyle menjadi perhatian di laman sosial.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 25, memuat naik foto imej terbarunya di Instagram.

Rata-rata netizen suka dengan perubahan warna rambut pelakon Mencintaimu Mr Photographer itu yang dilihat semakin kacak.

"Sejak awak colour rambut mocha hensem pula. Haha," kata pemilik akaun bernama Heyzieshazida.

Manakala kata pemilik akaun @shakina_sulong: "Tampak lagi macho memang dari biasa lagi-lagi bila warna rambut gold macam ni."

Syafiq antara pelakon lelaki yang sedang meningkat naik.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen mempertikaikan imej itu dan lebih suka melihat pelakon tersebut berambut hitam.

"Kenapa Syafiq warna rambut. Hitam lagi hensem.

"Rambut itu sesuai hahah tapi lebih cantik kalau hitam, nampak melayu.

"Saya sokong, suka rambut hitam lagi. lebih natural," kata beberapa pengikutnya di Instagram.

Menerusi kapsyen foto tersebut difahamkan imej itu untuk menjayakan watak sebagai barista dalam drama terbarunya, Mocha Kau Bahagia yang mula ditayangkan pada Sabtu di TV3.

Syafiq Kyle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain