Artis Baharu Dominasi AJL32 - Hiburan | mStar

Artis Baharu Dominasi AJL32

Calon yang bakal berentap pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan. Foto SHAARI CHE MAT

SHAH ALAM: Sebanyak 12 buah lagu daripada 30 yang dipertandingkan bakal bersaing dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang akan diadakan pada Februari 2018.

Senarai itu diumumkan pada minggu ketiga peringkat Semi Final Muzik-Muzik ke-32 (SFMM32) yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam Ahad.

Dua buah lagu ciptaan Syamel terpilih ke Anugerah Juara Lagu ke-32.

12 lagu berkenaan ialah Sejati (Faizal Tahir & Caliph Busker), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli), Jampi (Hael Husaini), Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah), Amboi (Altimet) dan Lebih Sempurna (Syamel).

Turut bertanding Aku Yang Sebenarnya (Hazama dan Penglipurlara), Akhirnya Cinta (Salma), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Aku Cinta (Syamel dan Ernie Zakri), Bayang (Khai Bahar) dan Warkah Untuk Mu (Ara Johari).

Lagu Amboi nyanyian Altimet satu-satunya dari genre rap ke final AJL32.

ARTIKEL BERKAITAN: 30 Lagu Ke Separuh Akhir Muzik Muzik

Kebanyakan lagu yang dipilih ke peringkat akhir ini dinyanyikan oleh artis-artis baharu.

Dayang Nurfaizah dan Ajai mara menerusi lagu Separuh Mati Ku Bercinta.

SFMM32 turut dimeriahkan dengan persembahan istemewa daripada 6ixth Sense, Bunkface dan Tam Spider.

Ia dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Hefny Sahad.

Penyertaan pertama kali Wany Hasrita berhasil.

Peringkat separuh akhir itu diadakan selama tiga minggu bermula 29 Oktober lalu dan kesemua lagu bertanding diadili oleh juri profesional.

Mereka adalah AG (Coco), Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah manakala Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

AJL32 , Muzik-Muzik , SFMM32

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kurang Baik Nasib Raja Azura

Artikel Berkaitan

Hidup Berubah Sejak Jadi Penyanyi

Waktu Malam Pun Nak Berkacamata Hitam?

Lebih Artikel

Boo anjing paling comel di dunia mati