Aiman Tino Bakal Tunai Umrah - Hiburan | mStar

Aiman Tino Bakal Tunai Umrah

Aiman bakal mengerjakan umrah dan melancarkan baju sekolah di bawah jenama Aiman Junior. Foto: THE STAR/ AZLINA ABDULLAH.

HASRAT penyanyi Aiman Tino untuk menunaikan ibadah umrah bakal tercapai tidak lama lagi.

Aiman atau Mohammad Aiman Yusri, 19, berkata dia dan ibu-bapanya diberi kesempatan mengerjakan ibadah tersebut hujung bulan ini.

"Alhamdulillah, sudah lama saya berniat nak tunaikan umrah dan akhirnya impian saya ini tercapai.

Aiman (kiri) bakal mengerjakan ibadah umrah bersama ibunya, Hazelina Mat Jalil dan bapa, Yusry Ishak hujung bulan ini.

"Lebih manis lagi, saya ke sana bersama ibu dan ayah, semoga urusan kami di tanah suci dipermudahkan," katanya kepada mStar Online.

Aiman dan keluarga akan berangkat menunaikan ibadah umrah pada 25 November ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Hanya Sayang Padamu ini turut melancarkan baju sekolah bawah jenamanya sendiri iaitu Aiman Junior.

Aiman berkata, dia terfikir untuk menerokai bidang perniagaan dan memilih pakaian seragam sekolah sebagai permulaan.

Aiman lancar pakaian sekolah di bawah jenama, Aiman Junior.

"Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Jadi tak salah kalau kita guna peluang ini untuk menjual keperluan dan kelengkapan sekolah.

"Kalau tengok karakter saya yang masih remaja ini, sesuailah jual baju sekolah," selorohnya.

Pakaian sekolah Aiman Junior boleh didapati di beberapa rangkaian pasaraya Mydin di seluruh Malaysia.

Bercakap mengenai percalonan lagu Permata Cinta ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 32, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk layak ke Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32).

Aiman tidak meletakkan harapan tinggi untuk layak ke AJL32.

Aiman berkata, dia sudah memberikan persembahan terbaik dan terserah kepada juri untuk menilai lagu ciptaan ACK dan Apit itu.

"Saya tak letak harapan yang tinggi untuk ke AJL32. Kalau ada rezeki, adalah," ujarnya.

Keputusan 12 lagu yang layak bertanding di pentas AJL32 akan diumumkan secara langsung malam ini di TV3 pada pukul 9 malam.

Aiman Tino

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Banyak Pula Rezeki Berlakon - Mark Adam

Artikel Berkaitan

Aiman Nyanyi Rap Dengan Baik - Joe Flizzow

Hazami Kagum Perjuangan Aiman Tino

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain