suria

Sufi Tutup Punggung Besar

Sufi akui dia amat geli pada anak lipas. Hah, kenapa tu?

APABILA sebut nama Juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015) Sufi Rashid, pasti ada di antara kita masih tidak boleh melupakan kisah membabitkan dia bersama ibu kandungnya, Irma Suriana Mahamud.

Apa-apa pun, di hujung minggu yang santai ini apa kata kita tinggalkan seketika cerita 'panas' tersebut dan cuba dekati Sufi dengan membongkar 10 rahsia peribadi yang mungkin tidak anda ketahui tentang pemuda berusia 26 tahun ini.

1) Kata Sufi berlari merupakan aktiviti rutin hariannya sebagai persediaan menyertai program AF Mega Star tak lama lagi. Dia akan berlari pada waktu pagi dan malam.

2) Amat geli dengan tikus, cicak dan anak lipas. "Anak lipas ni dia lari laju sangat, tak dapat nak agak mana dia nak pergi sampai kita yang cemas," ujarnya.

Kata Sufi dia hampir kehilangan nyawa empat tahun lalu kerana motor ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori di Singapura.

3) Tidak suka dengan sikap orang yang suka bertanya perkara remeh berulang-ulang dan perkara itu disifatkan sesuatu yang menjengkelkan.

4) Pernah Bercinta di usia 14 tahun dengan seorang gadis dari Singapura bernama Solehah dan bertahan selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.

5) Seorang pencinta kucing dan memiliki seekor kucing bernama 'Bu' yang sudah dibelanya selama dua bulan.

6) Hampir kehilangan nyawa selepas terlibat dalam satu kemalangan empat tahun lalu di mana motosikal yang ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori yang tiba-tiba brek mengejut. "Kejadian berlaku di Singapura di mana saya melambung dan jatuh hanya satu meter dari tayar lori tersebut. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur," katanya.

Inilah Bu. Kucing jalanan yang dibelanya sejak dua bulan lalu. Comelkan!

7) Seorang yang tidak reti nak marah orang walaupun orang tersebut menjadi punca perbalahan. 

8) Tidak suka dengan sikap sesetengah pihak yang suka meniru kapsyen pada setiap gambar yang dimuatnaiknya di laman Instagram kemudian mereka menafikan perkara itu mengatakan dia yang meniru.

9) Mula berubah selera dengan fesyen baju labuh kerana katanya dapat melindungi kelemahan punggungnya yang agak besar hihi.

10) Akan hadir dengan sebuah single kolaborasi bersama penyanyi Haqiem Rusli yang dijangka akan dilancarkan selepas penyertaannya di dalam AF Mega Star.

Sufi akui dia kini mula obses dengan fesyen baju labuh. Kata Sufi ada sebabnya.
Sufi Rashid

Artikel Sebelum

Artikel Lain