suria

Alif Satar Jadi 'Tim Buktu' Di Saluran Cartoon Network

Alif Satar teruja dengan watak diberikan untuk siri 'Ben 10'. FOTO: FAIHAN GHANI

BUAT pertama kali penyanyi dan pengacara Alif Satar menerima tawaran melakonkan watak alih suara melalui siri animasi Ben 10 yang popular di saluran Cartoon Network.

Kata Alif, 27, tidak seperti lakonan biasa, pengalihan suaranya memerlukan dia untuk melakonkan suara seperti karekter sebenar supaya ia dapat memberi kesan kepada visual dipaparkan. 

"Selain perlu berlakon dengan suara asal, juru alih suara perlu memastikan pergerakan mulut selari dengan dialog dan ketepatan pengiraan masa. 

"Saya tidak sangka merakam atau menggantikan suara ini sukar memandangkan saya seorang pelakon juga penyanyi. Namun ia bukan satu bidang yangg mudah seperti difikirkan.

Alif Satar

"Watak Tim Buktu ini seorang lelaki dewasa berbadan besar. Saya perlu mengawal cara pernafasan dan mengubah intonasi suara dari dalam mengikut karekter watak itu," ujar Alif.  

Alif Satar ditemui ketika majlis temubual bersama media di St. Giles, The Garden Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.  

Tambah Alif lagi, dia tidak boleh menjadi dirinya sendiri ketika proses rakaman itu. 

Namun dia seronok menjalani proses rakaman sepanjang satu jam setengah.  

"Sepanjang proses rakaman itu saya seronok kerana tidak perlu menjadi diri sendiri. Satu pengalaman baru dan saya berharap ini kali pertama bukan terakhir bekerjasama dengan saluran TV antarabangsa ini," 

Kata Alif yang teruja menantikan maklum balas penonton selepas menonton siri animasi Ben 10 pada 17 Jun ini pukul 9.00 pagi di saluran 616 Cartoon Network.

 

Alif Satar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain