suria

Tasha Mansahar Berhenti Menyanyi

Tasha Mansahar sudah tidak lagi aktif menyanyi.

DESAS-DESUS tentang Tasha Mansahar berhenti menyanyi akhirnya terjawab apabila penyanyi itu sendiri menjelaskan bahawa dia sudah tidak mengambil sebarang sesi fotografi dan undangan nyanyian.

Tasha, 24, berkata, dia membuat keputusan untuk memperlahankan kerjaya seninya atas sebab-sebab tertentu yang belum sedia dikongsikan kepada umum.

"Tasha belum boleh bagi jawapan itu secara rasmi sekarang, cuma sekarang ini Tasha memang perlahankan kerjaya dan sedang merancang sesuatu yang lain, Insya-Allah.

"Tasha masih hadir majlis sikit-sikit, cuma sudah tidak menyanyi," ujarnya kepada mStar Online.

Pemilik nama Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar ini popular dengan lagu Ragu-Ragu dan Terima Kasih Cinta.

Dia lebih dikenali dengan lagu-lagu duet bersama rakan penyanyi Syed Syamim.

Penyanyi ini memulakan kerjaya sebagai seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Melaka pada 13 Jun 2016.

Tasha Mansahar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain