suria

Nabil Ahmad 'Buat' Filem Pula!

Nabil Ahmad bakal bergelar penerbit dan akan muncul dengan filem pertama terbitannya tidak lama lagi.

DI sebalik personalitinya yang bersahaja namun wawasan pemuda berusia 34 ini dalam bidang seni cukup tinggi dan ternyata Nabil Ahmad tidak hanya mahu berada di tahap sama dalam kariernya.

Terbaharu, Nabil bakal tampil dengan filem pertama terbitan syarikat produksinya iaitu Nabil Ahmad Production.

Kata Nabil, filem yang mengangkat genre aksi itu dalam proses pra-produksi dan dia menjangkakan dalam masa dua tahun lagi ia akan disiapkan.

"Saya tidak mahu terburu-buru menghasilkan filem ini sebaliknya biarlah ia mengambil masa agar hasilnya nanti adalah yang terbaik.

"Buat masa sekarang saya masih lagi mencari tajaan dan berharap filem pertama saya ini nanti akan dapat memberi satu kelainan kepada filem-filem sedia ada," katanya.

Nabil akan berangkat ke Mekah bagi mengerjakan Umrah.

Sementara itu, Nabil berkata, sebagai permulaan produksi miliknya akan melancarkan beberapa program terlebih dahulu termasuk sitkom Bus Stop selain beberapa lagi rancangan yang sedang disiapkan.

"Alhamdulillah beberapa projek dan program sedang kami siapkan tetapi saya paling teruja dengan sitkom yang bakal menemui penonton di Astro Warna pada 9 Jun ini.

"Menerusi Bus Stop saya ingin mengembalikan kegemilangan sitkom era 90-an seperti Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang popular dikalangan penonton dulu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nabil berkata, dia bakal mengerjakan ibadah Umrah buat kali keempat pada kali ini dan lebih teruja dia dapat ke Mekah pada 10 malam terakhir Ramadan.

Nabil berkata, pemergiannya ke Mekah kali ini lebih istimewa apabila isterinya, Nazirah Ayub akan menyertai buat kali pertama.

"Sebelum ini saya memang pergi seorang diri tetapi kali ini isteri akan ikut serta dan menjadikan Umrah tahun ini lebih istimewa.

"Bagaimanapun anak-anak kami tidak bawa bersama kerana bimbang keselamatan mereka memandangkan waktu itu memang ramai jemaah," katanya.

Pasangan itu bakal berangkat ke tanah suci pada 14 hingga 24 Jun ini.

Nabil Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Lain