suria

Dua Kategori Tiket Konsert 'Megadeth' Habis Dijual

Kumpulan Megadeth

PETALING JAYA: Dua kategori bagi tiket konsert kumpulan Megadeth yang bakal berlangsung si Stadium Negara pada Khamis ini sudah habis dijual.

Penganjurnya IME Malaysia berkata, tiket berharga RM198 dan RM428 telah  manakala kategori lain iaitu RM388 (VIP, tempat duduk bernombor), RM358 (Rock Zone, berdiri bebas) dan RM288 (CAT1, tempat duduk bernombor) turut laris dan mendapat sambutan.

Siri jelajah ini juga adalah untuk menyokong kemunculan album terbaharu mereka, Dystopia selepas tiga tahun menyepi.

Album itu turut memenangi Anugerah Grammy untuk kategori Persembahan Metal Terbaik pada acara yang berlangsung pada Februari lalu.

Dystopia turut disenaraikan sebagai salah satu daripada 20 Album Metal Terbaik 2016 oleh majalah Rolling Stone.

Dianggotai Dave Mustaine sebagai vokalis serta pemain gitar utama, David Ellefson yang bermain bes, Kiko Loureiro sebagai gitaris dan juga pemukul dram Dirk Verbeuren, Megadeth adalah antara kumpulan metal terhebat dunia yang berjaya mempopularkan genre muzik thrash metal.

Megadeth

Artikel Lain