suria

Liyana Jasmay Nyanyi Semula Lagu KRU

Liyana Jasmay teruja apabila diberi peluang menyanyikan semua lagu daripada kumpulan KRU. -foto IBRAHIM MOHTAR / The Star

PETALING JAYA: Peluang menyanyikan semula lagu daripada trio legenda KRU pastinya tidak akan disia-siakan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay.

Menurut Liyana, 29, karya yang akan digubah semula secara remix itu akan dijadikan lagu tema filem Bella & Jamie yang akan dilancarkan pada Oktober depan.

"Saya akan berkolaborasi dengan KRU di mana Edry Abdul Halim akan remix sebuah lagu untuk saya.

Liyana bakal melancarkan single terbaharu berjudul Rasa Begitu selepas Aidilfitri.

"Saya akan nyanyikan salah satu daripada lagu popular mereka. Yang pastinya ia adalah lagu nyanyian mereka sendiri," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun Liyana enggan mendedahkan tajuk lagu berkenaan kerana mahu menjadikan ia sebagai kejutan kepada para peminatnya.

Tambah Liyana yang turut membintangai filem Bella & Jamie, dia tidak mahu mengambil masa terlalu panjang untuk tampil dengan lagu baharu seperti kebanyakkan penyanyi lain.

"Walaupun dua single saya sebelum ini baharu sahaja dilancarkan dan masih di peringkat promosi, saya tetap mahu rakam lagi lagu baru.

"Saya sedar di Malaysia pendengar masih belum biasa apabila seseorang penyanyi tampil dengan banyak single, tapi saya nak tukar cara itu.

"Saya tak suka hanya satu lagu, saya mahu beri lebih daripada itu," katanya.

Ibu kepada dua anak ini baharu sahaja melancarkan dua single berjudul Oh Na Na dan Selesa Tanpamu pada Oktober tahun lalu.

Jelas Liyana yang kini kembali ke layar perak menerusi filem Sindiket  arahan Bade Azmi, dia juga bakal melancarkan satu lagi single berjudul Rasa Begitu selepas sambutan Aidilfitri Julai depan.

Sementara itu berkongsi perkembangan perniagaan fesyen yang diceburinya menerusi label Mermaid Luxe, Liyana berkata dia akan melancarkan koleksi istimewa sempena hari raya dengan kolaborasi portal beli-belah Zalora.

Liyana Jasmay

Artikel Sebelum

Artikel Lain