suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahya Perjelaskan Panggilan 'Sayang' Kepada Zulin Aziz

Ahya dan Zulin akui berkawan baik.

PETALING JAYA: Pelakon Ahya Rosli menjelaskan panggilan sayang kepada pengacara Zulin Aziz tidak membawa maksud mereka sudah menjalinkan hubungan cinta.

Ahya, 30, berkata, panggilan manja itu sentiasa digunakan kepada kawan-kawan yang rapat dengan dia dan ahli keluarganya.

Zulin Aziz lancar single pertama berjudul Terbiar.
"Saya panggil sayang dekat kawan-kawan yang saya sayang terutamanya yang baik dengan keluarga saya. 

Zulin baik dan rapat dengan kakak saya, jadi tidak salah saya panggil sayang kerana saya sayang dia macam kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online.

Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini diminta mengulas tentang panggilan sayang kepada penyampai radio Suria FM itu di majlis pelancaran laguTerbiar di sini, Rabu.

Pasangan ini digosipkan bercinta sejak beberapa bulan lalu selepas Zulin Aziz sering mendapatkan khidmat Ahya sebagai jurulatih kecergasan peribadi.

Sementara itu, menjelaskah hubungan tersebut, Ahya mengakui Zulin merupakan antara kawan wanita yang rapat dengannya ketika ini.

"Kami bukan pasangan kekasih cuma saya mengakui berkawan baik dan keluarga saya selesa dengan dia.

"Dia juga seorang kawan yang sentiasa menyokong saya dalam segala hal sebab itu saya datang ke majlis ini sebagai tanda sokongan," ujarnya.

Jelas Ahya, dia juga tidak mengambil peduli tentang pandangan orang lain terhadap hubungan mereka.

Ahya Rosli

Artikel Lain