suria

'Redhaku Untukmu' Telefilem Terbaik Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee 2016

Dira menerima trofi Pengarah Terbaik.

KUALA LUMPUR: Telefilem berjudul Redhaku Untukmu muncul sebagai Telefilem Terbaik pada Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee 2016 yang diadakan di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini, Sabtu.

Kemenangan itu membolehkan telefilem itu membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi.

Pengarahnya, Dira Abu Zahar turut diumum sebagai pemenang kategori Pengarah Terbaik atas kecemerlangan mengarahkan telefilem itu.

Pelakon utamanya pula, Sharifah Sakinah menepati ramalan untuk membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik.Iedil Putra pula muncul sebagai pemenang kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi drama sama.

Pelakon Che Kem atau nama sebenarnya Mohd Kamaruzaman Taib pula pemenang Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantapnya dalam telefilem Sri Bulan.

Manakala Aida Khaleeda membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Telefilem Sri Bulan turut membawa pulang trofi Skrip Terbaik yang ditulis oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba.Kategori Sinematografi Terbaik pula milik Junaimeramfizal Rahmat menerusi telefilem Saling.

Sementara itu, Anugerah Khas Juri diberikan kepada telefilem arahan Al Jafree Mat Yusof dan skrip Tam Suhaimi iaitu Kembara Nak Dara.Kesemua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi.

Manakala bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik menerima RM3,000 dan trofi.

Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee turut memperlihatkan seramai 15 pengarah dan 11 penulis skrip berentap menghasilkan telefilem terbaik.

Acara itu yang turut disiarkan secara langsung di TV1 dihoskan oleh pasangan suami-isteri Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.

Persembahan pada acara itu turut diserikan dengan tema cinta berinspirasikan kisah cinta P. Ramlee dan isterinya, Allahyarham Biduanita Puan Sri Saloma.

Setiap segmen digarap dengan lakonan muzikal melalui rangkaian lagu-lagu medley.Antara penyanyi yang mengadakan persembahan adalah Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Azharina Azhar, Zarul, Ernie Zakri, Syamel dan Najua Nasir. 

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee 2016;

Pelakon Lelaki Terbaik - Che Kem (Sri Bulan)

Pelakon Wanita Terbaik - Sharifah Sakinah (Redhaku Untukmu)

Pelakon Pembantu Lelaki - TerbaikIedil Putra (Redhaku Untukmu)

Pelakon Pembantu Wanita - TerbaikAida Khalida (Sri Bulan)

Skrip TerbaikDatin Paduka - Shuhaimi Baba (Sri Bulan)

Sinematografi Terbaik - Junaimeramfizal Rahmat (Saling)

Pengarah Terbaik - Dira Abu Zahar

Telefilem Terbaik - Redhaku Untukmu

Anugerah Khas - Kembara Nak Dara

Artikel Lain