suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Veteran Zakaria Yusof Meninggal Dunia

Allahyarham Zakaria Yusof meninggal dunia akibat jangkitan pada paru-paru.

PETALING JAYA: Pelakon yang terkenal menerusi watak antagonis, Zakaria Yusof meninggal dunia kira-kira pukul 6.45 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ahad.

Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zack Kool ketika dihubungi berkata, Allahyarham Zakaria, 65, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung.

Kata Zack, anak arwah, Nur Fazli Zakaria, 39, memaklumkan Zakaria mengadu sakit selepas pulang daripada menunaikan ibadat Umrah Rabu lalu sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan di Taman Permata, Hulu Klang selepas solat Zohor.

Zakaria meninggalkan seorang balu, Fatimah Ali, 65 dan empat orang anak.

Zakaria Yusof

Artikel Lain