suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Funniest Person in the World' Ucap Terima Kasih Pada Penyokong

Harith Iskander memuat naik video di Instagram dari Finland bagi mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokongnya.

PETALING JAYA: Juara Funniest Person in the World, Harith Iskander mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya sepanjang dia terlibat dalam pertandingan berkenaan.

Harith, 49, membuat ucapan itu menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad turut memberitahu dia dalam perjalanan pulang ke tanah air.

"Kepada semua peminat dan penyokong sepanjang saya terlibat dalam Funniest Person in the World, terima kasih kepada anda semua.

"Saya dalam perjalanan ke Helsinki dari Lapland dan jaga-jaga Malaysia saya akan kembali," katanya.

Dalam pada itu, pelawak Afdlin Shauki dalam satu mesej ringkas kepada mStar Online memberitahu Harith dijangka tiba di tanah air pada 14 Disember ini.

Harith yang terlibat dalam bidang stand-up comedy selama 25 tahun berjaya mengalahkan 88 pelawak dari seluruh dunia untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

Terdahulu, Harith berjaya mengalahkan empat peserta lain yang turut layak ke peringkat akhir iaitu Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel) bagi merebut gelaran tersebut.

Kemenangan itu melayakkan Harith membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM444,845).

Funniest Person in the World adalah sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Laugh Factory iaitu sebuah rangkaian lawak global berpangkalan di Amerika Syarikat.

Harith bersama peserta lain membuat persembahan pada peringkat akhir pertandingan itu di Polo Arena di Levi, Finland pada 8 Disember lalu.

Pemenang dipilih menerusi undian dalam talian dari seluruh dunia yang dibuka selama 24 jam selepas persembahan peringkat akhir selesai.

Harith sebelum itu berjaya menewaskan 88 pelawak lain dari seluruh dunia termasuk peserta dari Malaysia, Dr Jason Leong untuk mara ke peringkat akhir.

Artikel Berikut

Artikel Lain