"Bukan Semua Lagu Saya Nyanyi Semput" - Intan Sarafina - Hiburan | mStar

"Bukan Semua Lagu Saya Nyanyi Semput" - Intan Sarafina

Intan Sarafina. Foto dari Instagram Intan.

SHAH ALAM: Penyanyi Intan Sarafina memberitahu dia tidak pernah putus semangat setiap kali dikritik netizen ketika membuat persembahan di pentas Gegar Vaganza 3 (GV3).

Intan atau nama sebenarnya Intan Sarafina Ungku Yahya, 35, berkata, tidak semua lagu dinyanyikannya memperlihatkan dia berada dalam keadaan semput namun hanya untuk genre muzik rancak sahaja.

"Soal dikata semput, saya rasa tidak pada kesemua lagu sebaliknya pada lagu-lagu berentak rancak yang memerlukan saya menari di pentas namun untuk lagu berentak balada, saya tiada masalah.

Intan Sarafina.
"Untuk berasa putus semangat dengan kritikan netizen itu tidak ada, sebaliknya saya terus mencabar diri memberi persembahan terbaik dari minggu ke minggu sekali gus membuktikan kepada mereka yang saya ada peningkatan mutu vokal,” katanya.

Intan ditemui mStar Online selepas selesai konsert Gegar Vaganza 3 (GV3) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, Ahad lalu.

Dalam pada itu, mengulas pandangan yang diberi oleh juri tetap GV3, Datuk Khatijah Ibrahim yang melihat potensi Intan pada lagu-lagu berentak dangdut, Intan mempunyai pandangannya sendiri.

"Semua orang berhak memberi pendapat dan Intan menghormati pandangan yang diberi oleh pihak juri namun Intan lebih tahu di mana tahap dan kemampuan Intan.

"Sebolehnya Intan mahu menjadi seorang penyanyi serba boleh," katanya.

Sementara itu, Intan mengakui adakalanya perasaan gugup turut menjadi faktor dia sukar mengawal pernafasan di pentas persembahan.

Intan antara peserta yang akan mara ke peringkat separuh akhir pada Ahad depan dan akan membawakan lagu Pulangkan naynyian asal Misha Omar duet bersama Ezad Lazim dan Siapa Sangka Siapa Menduga (Liza Hanim).

Enam lagi peserta yang berjaya ke separuh akhir ialah Ameng, Siti Sarah, Azharina, Gmie (Screen), Zarul (Umbrella) dan Nora Ariffin.

Intan Sarafina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain