Hefny Sahad Tidak Kecil Hati Jika Benar Digam Astro - Hiburan | mStar

Hefny Sahad Tidak Kecil Hati Jika Benar Digam Astro

Hefny Sahad belum temui wanita yang sesuai selepas putus cinta dengan Nad Zainal.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Hefny Sahad reda dan bersikap profesional apabila didakwa tiada liputan untuknya daripada program hiburan Hlive! selepas dia mengambil keputusan meninggalkan program tersebut April lalu.

Hefny Sahad, 27, berkata, dia memahami keadaan tersebut berlaku apabila membuat keputusan memilih untuk bekerja di bawah program hiburan bawah stesen televisyen lain.

"Setakat ini hubungan saya dengan rakan-rakan di Hlive!  baik-baik sahaja dan tidak tahu pula tentang saya kena banned oleh program itu.

"Tapi secara profesionalnya saya tidak kecil hati atau terasa kerana ia mungkin disebabkan saya beralih ke program televisyen lain yang menjadi pesaing program Hlive!," ujarnya kepada mStar Online.

Hefny menjelaskan dakwaan bahawa terdapat larangan membuat liputan terhadap pengacara dan pelakon itu selepas dia mengambil keputusan beralih ke program hiburan lain.

Hefny kini mengendalikan rancangan hiburan Pop TV bersama Nana Mahazan yang disiarkan TV9 pada setiap Ahad, jam 9.30 malam.

Bagaimanapun, Hefny berkata, dia tidak digam oleh stesen televisyen Astro kerana mempunyai beberapa projek bersama radio dan drama bawah stesen berkenaan.

"Saya sekarang menjadi penyampai sambilan untuk radio Sinar FM bersama Linda On setiap hujung minggu.

"Selain itu, Insya-Allah akan terlibat dengan sebuah drama yang akan disiarkan di Astro Ria," ujarnya.

Dalam pada itu, Hefny berkata, dia mengambil keputusan meninggalkan program tersebut bagi melebarkan kerjaya seninya dalam beberapa bidang penyiaran dan lakonan.

Katanya, dia juga mengambil kesempatan yang ada untuk memberi fokus dan berjinak-jinak dalam bidang bisnes video dan produksi.

"Alhamdulillah, saya boleh buat pengacaraan dalam masa yang sama belajar menjadi penyampai. Selain itu ada juga masa untuk berlakon drama.

"Dulu masa terhad kerana komitmen setiap hari, sekarang saya banyak masa terluang dan boleh fokus kepada bisnes untuk masa depan," ujarnya.

Selain itu, ditanya tentang perkembangan peribadi, Hefny berkata, dia belum mempunyai teman istimewa selepas putus cinta dengan pelakon Nad Zainal.

Dia belum menemui wanita yang betul-betul sesuai untuk dijadikan kekasih.

"Sekarang saya nak fokus pada kerja dahulu belum ada teman wanita lagi, saya berkawan dengan ramai orang tapi tiada yang sesuai," ujarnya.

Hefny Sahad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ella Rasa Tenang Selepas Bertudung

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?